Harian Metro

Lelaki maut dirempuh MPV

-

Mukah: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang­i dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 48, Jalan Mukah-Balingian, pagi semalam.

Kemalangan jam 8.20 pagi itu menyebabka­n Zaidi Rapaiee, 52, disahkan maut di lokasi kejadian selepas parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan

Trafik Sarawak Superinten­dan Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang Honda Wave dalam perjalanan dari Balingian menuju Bandar Mukah.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, mangsa dikatakan membelok ke kanan untuk memasuki simpang ke pantai, namun tidak disedari pemandu kenderaan dibelakang­nya.

“Akibatnya, lelaki berusia 57 tahun yang memandu Toyota Unser berkenaan tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal mangsa. Rempuhan itu menyebabka­n mangsa tercampak beberapa meter.

“Pasukan perubatan dari Hospital Mukah yang dipanggil ke lokasi kejadian kemudianny­a mengesahka­n mangsa meninggal dunia dan dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, pemandu Toyota Unser sudah membuat laporan polis di Balai Polis Mukah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dan mayat mangsa diserahkan kepada keluarga sebaik selesai bedah siasat.

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian selepas parah di kepala dan badan

 ??  ?? MANGSA disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
MANGSA disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia