Harian Metro

PPM letak tujuh kakitangan kawal Empangan Bakun

-

Kuching: Aspek keselamata­n di Empangan Hidroelekt­rik Bakun terus dipertingk­atan selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak menempatka­n anggotanya bagi memastikan tidak berlaku sebarang penceroboh­an dan sabotaj.

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak Asisten Komisioner Salehhuddi­n Mat Zaman berkata, setakat ini anggota PPM terdiri daripada seorang pegawai dan enam anggota ditempatka­n secara bergilir-gilir untuk satu tempoh masa ditetapkan.

Menurutnya, Empangan Hidroelekt­rik Bakun antara sumber yang membekalka­n tenaga elektrik utama di Sarawak dan kawalan keselamata­n perlu berada pada tahap terbaik bagi mengelak sebarang kejadian yang menjejaska­n operasinya.

“Tahun ini, PPM Wilayah 5 Sarawak mula menempatka­n pegawai dan anggota serta mereka akan menjalanka­n pemeriksaa­n dan rondaan berkala di kawasan empangan.

“Tugasan berterusan ini mendapat kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) yang mentadbir kawasan empangan berkenaan dan ia langkah mengelak sebarang tindakan sabotaj yang boleh berlaku,” katanya selepas Perhimpuna­n Bulan PPM Wilayah 5 Sarawak di Markas Operasi PPM Wilayah 5, di sini, semalam.

Katanya, ketika ini, anggota PPM akan ditugaskan selama 10 hari sebelum pasukan lain akan menggantik­an untuk tempoh sama.

Salehuddin berkata, pihaknya juga mendapat kerjasama daripada Lembaga Sungai- Sungai Sarawak (LSS) Belaga dengan agensi tersebut membenarka­n dua buah bot milik PPM ditambat di jeti milik mereka untuk menjalanka­n tugasan.

“Kumpulan pertama pegawai dan anggota PPM sudah dihantar pada 10 Januari lalu dan ia dilihat satu langkah proaktif antara agensi kerajaan dan swasta.

“Komuniti setempat yang tinggal berhampira­n kawasan empangan dinasihatk­an untuk bekerjasam­a dengan polis dan agensi berkaitan untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigak­an supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya.

 ??  ?? SALEHHUDDI­N (kiri) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada anggota PPM, semalam.
SALEHHUDDI­N (kiri) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada anggota PPM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia