Harian Metro

SYOR WUJUD DI SETIAP SEKOLAH

-

Baru-baru ini pihak Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP) ada mencadangk­an kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanak­an segera satu Kod Etika Ibu Bapa untuk melindungi guru selain dapat mengharmon­ikan hubungan kedua-dua pihak antara pihak sekolah, khususnya guru dengan ibu bapa atau penjaga pelajar.

Kewujudan kod etika berkenaan dilihat dapat memastikan maruah dan emosi guru tidak terjejas akibat daripada sebarang tekanan berpunca daripada serangan atau tindakan ibu bapa yang tidak berpuas hati terhadap tugas atau tindakan yang diambil oleh guru terhadap anak mereka di sekolah.

Tidak dapat dinafikan lagi tugas dan beban yang dipikul guru dilihat semakin hari semakin mencabar. Apa tidaknya, guru kini terpaksa menghadapi beban tugas dan tanggungja­wab berat dalam usaha mereka mendidik pelajar sekolah serta pada masa sama menghadapi segala isu berbangkit dalam kalangan pelajar sekolah seperti isu buli, samseng, ponteng sekolah, gejala merokok, penyalahgu­naan dadah dan sebagainya.

Semua permasalah­an yang berlaku dalam kalangan pelajar kini dilihat semakin sukar untuk dibendung kerana ada pelbagai halangan terhadapny­a. Antara halangan yang paling mencabar yang terpaksa dihadapi oleh guru ialah halangan yang boleh datang daripada pihak keluarga pelajar itu sendiri yang kadangkala dilihat lebih gemar membela bermati-matian anak kesayangan mereka sehingga mereka tidak dapat melihat kebenaran atau hakikat yang sebenarnya.

Lebih menyedihka­n lagi guru sering diugut dengan pelbagai tindakan undang-undang seperti tindakan saman sekiranya mereka mengambil sebarang tindakan disiplin yang wajar terhadap anak mereka. Oleh itu, agak sukar untuk guru mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap mana-mana pelajar yang didapati terbabit dengan sebarang kesalahan disiplin yang dilakukan.

Akhirnya, pelajar berkenaan akan ‘naik kepala’ serta terus terjebak dengan aktiviti tidak sihat yang mungkin boleh menjejaska­n masa depan mereka. Memandangk­an suasana masa kini sudah menjadi begitu kompleks di kawasan sekolah, ada pihak mencadangk­an kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia supaya sebuah klinik bantuan guaman diwujudkan di setiap sekolah ataupun sekurang-kurangnya di setiap peringkat jabatan pendidikan daerah atau negeri di seluruh negara kita.

Ia dilihat penting supaya ia dapat menjadi pusat rujukan mana-mana pihak di sekolah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kelak. Klinik bantuan guaman itu dilihat mampu menawarkan nasihat umum yang berkaitan dengan aspek perundanga­n semasa. Ia juga dapat membantu mana-mana pihak di sekolah yang beranggapa­n diri mereka teraniaya untuk mendapatka­n nasihat undang-undang secara umum serta mengetahui langkah yang boleh diambil mereka jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Sebenarnya, cadangan penubuhan unit bantuan guaman ini inisiatif yang boleh diberikan perhatian oleh pihak berkaitan. Ia boleh diusahakan melalui kerjasama Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Majlis Peguam Malaysia (MPM) yang boleh dianggotai pengamal undang-undang di negara kita yang memiliki kepakaran dalam bidang berkaitan dengan segala isu dan permasalah­an yang berlaku dalam sekolah dan institusi pendidikan di negara kita.

Tidak mustahil, kewujudan klinik bantuan guaman ini mampu membawa sedikit sebanyak keredaan terhadap segala isu membabitka­n pihak berkaitan dan permasalah­an yang dihadapi di sekolah, sesuai dengan peredaran zaman masa kini yang penuh mencabar dan dugaan.

Penulis Penyelaras, Klinik Bantuan Guaman, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kewujudan klinik bantuan guaman ini mampu membawa sedikit sebanyak keredaan terhadap segala isu membabitka­n pihak berkaitan dan permasalah­an yang dihadapi di sekolah

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Dr Muzaffar Syah
Mallow
Dr Muzaffar Syah Mallow

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia