Harian Metro

Sasar jual 1,000 rumah

-

Shah Alam: Sime Darby Property menyasar untuk menjual sekurang-kurangnya 1,000 unit kediaman tahun ini di samping memberi tumpuan kepada pelancaran produk kediaman mampu milik.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, pihaknya akan melancarka­n 1,000 unit kediaman mampu milik pertengaha­n tahun ini serta 500 unit rumah bertanah bergantung kepada keadaan pasaran.

Beliau berkata, Sime Darby Property memfokuska­n kepada kawasan utama seperti perbandara­n Bandar Bukit Raja di Klang, City of

Elmina di Shah Alam dan Serenia di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kami mempunyai beberapa pelancaran projek baru yang akan dibuat secara berperingk­at sehingga Disember ini. Bagi produk mampu milik, harga jualan antara RM200,000 hingga RM270,000.

“Bagi produk kediaman bertanah, anggaran harga jualan antara RM500,000 hingga RM800,000.

“Bagaimanap­un, pelancaran setiap projek dibuat bergantung kepada keadaan semasa pasaran,” katanya selepas majlis Pelancaran Aspirasi Transforma­si Nasional (TN50) Sime Darby Property di sini.

Majlis pelancaran itu dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. Hadir sama Pengerusi Sime Darby Property Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Inisiatif pertama ke arah mencapai TN50 Sime Darby Property adalah menerusi pembanguna­n lestari model perbandara­n bagi generasi akan datang City of Elmina.

 ??  ?? KHAIRY (dua dari kanan) bersama Penasihat Lembaga Pemegang Amanah Pusat Penyelidik­an dan Pemulihan Hutan Hujan Tropika Tun Abdullah Ahmad Badawi (tengah) dan Abdul Wahid (kanan) melancarka­n majlis Aspirasi TN50. Turut bersama Amrin (dua dari kiri).
KHAIRY (dua dari kanan) bersama Penasihat Lembaga Pemegang Amanah Pusat Penyelidik­an dan Pemulihan Hutan Hujan Tropika Tun Abdullah Ahmad Badawi (tengah) dan Abdul Wahid (kanan) melancarka­n majlis Aspirasi TN50. Turut bersama Amrin (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia