Harian Metro

JANGAN GENTAR

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my Foto oleh www.asiana.my

Selepas mencipta sejarah melepasi peringkat kumpulan di Kejuaraan Bawah 23 (B-23) Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018 skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee bakal berdepan satu lagi halangan yang bukan mustahil untuk direalisas­ikan iaitu membenam gergasi Asia, Korea Selatan dalam aksi suku akhir di Kunshan, China hari ini. Mampukah mereka melakukann­ya?

Hari ini adalah saat yang dinanti-nanti buat peminat bola sepak negara dan bahangnya lebih hebat berbanding Selasa lalu dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Kejuaraan Bawah 23 (B-23) Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018 ketika skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee menumpaska­n Arab Saudi 1-0.

Pada aksi suku akhir hari ini, lawan skuad B-23 bukan calang-calang iaitu pasukan yang sangat terkenal dengan reputasi selaku gergasi

Asia berikutan kehebatan mereka sejak era lewat 80an sehingga pernah mara ke separuh akhir Piala Dunia (2002).

Pasukan yang dimaksudka­n ialah Korea Selatan, salah satu negara pilihan untuk muncul juara kejohanan ini dan mengekalka­n rekod bersih tidak pernah kalah dalam peringkat kumpulan.

Memang di atas kertas mereka adalah pasukan pilihan hari ini berlandask­an barisan pemain termasuk tiga darinya yang sedang beraksi di Eropah, tidak pernah terlepas beraksi di Piala Dunia sejak 1986 dan mempunyai liga kompetitif setanding Liga J.

Bagaimanap­un, jika hendak menceritak­an mengenai pasukan dari Asia Timur itu, memang ibarat langit dan bumi berbanding skuad muda negara, namun keupayaan yang dipamerkan anak buah Kim Swee sepanjang kempen kelayakan sehingglah aksi peringkat kumpulan boleh diibaratka­n sebagai sangat konsisten.

Tumpas 1-4 kepada Iraq juga sebenarnya bukan persembaha­n terburuk Adam Nor Azlin dan rakanrakan­nya yang lain malah jika diperhalus­i secara mendalam, termasuk mengelak daripada melakukan kesilapan mudah mereka sebenarnya boleh mencatat keputusan seri pada aksi berkenaan.

Berjaya mengikat Jordan 1-1 pada aksi kedua dilihat membuka mata banyak pihak, iaitu pasukan yang meraih pingat perak di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ini masih mempunyai sinar untuk melakukan sesuatu walaupun menggunaka­n corak bertahan.

Hari ini tidak kira apa strategi mahupun corak permainan, perkara paling penting ialah anak buah Kim Swee ialah jangan terlalu menghormat­i pihak lawan, sentiasa melancarka­n serangan dan kemenangan tidak mustahil akan berada di dalam tangan.

Penjaga gol Haziq

Nadzli sudah pasti menjadi sandaran untuk mengawal gawang negara, manakala gandingan tiga pertahanan

 ?? BIL: 91 ??
BIL: 91
 ??  ?? KIM SWEE
KIM SWEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia