Harian Metro

‘SARJAN FAIZ’ DAPAT ‘ISTANA BESI’

Buruh menyamar anggota polis larikan gadis dijel 66 bulan serta disebat lima kali

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

Mahkamah Majistret Raub di sini, semalam menjatuhka­n hukuman penjara 66 bulan dan lima sebatan terhadap seorang lelaki yang menyamar ‘Sarjan Faiz’ atas lima pertuduhan termasuk menculik remaja perempuan pada 27 Disember tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Faizal Sinorcho, 32, dari Taman Bukit Indah, Bentong dijatuhkan hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah selepas semua tuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Khairuddin Anhar Mahmud.

Bagi tuduhan pertama, dia yang juga buruh di sebuah syarikat penyelengg­araan jalan raya didakwa melarikan Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi, 17, dari sebuah rumah di Kampung Ulu Gali, Sungai Ruan di sini, jam 11 pagi, 27 Disember tahun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menyamar anggota polis dikenali sebagai ‘Sarjan Faiz’ di lokasi serta waktu sama dan didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Bagi tuduhan ketiga, tertuduh didakwa memiliki senjata api tiruan tanpa permit di sebuah kedai motosikal di sini, jam 12 tengah hari, 27 Disember tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum satu tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-dua sekali.

Selain itu, tertuduh turut didakwa menipu seorang wanita, Fatimah Sulaiman, 60, dengan menyamar sebagai Inspektor Khuzairi untuk meminta RM500 bagi melepaskan anaknya, Azuan Ariffin, 42, daripada disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub kerana kesalahan berkaitan penyalahgu­naan dadah jam 6.30 petang, 9 Disember 2016.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut berpura-pura memegang jawatan pegawai polis berpangkat inspektor dan memperdaya­kan Fatimah dan didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Khairuddin kemudian menjatuhka­n hukuman penjara 48 bulan bagi tuduhan pertama hingga ketiga dan hukuman dijalankan bermula tarikh tangkap pada 6 Januari lalu.

Bagi kesalahan menipu Fatimah dan berpura-pura sebagai pegawai polis, Khairuddin menjatuhka­n hukuman penjara 18 bulan dan lima sebatan dan mengarahka­n hukuman dijalankan selepas tempoh hukuman penjara 48 bulan selesai.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Faizal Shamsir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Faizal dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Raub, semalam selepas dijatuhi hukuman.
MOHD Faizal dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Raub, semalam selepas dijatuhi hukuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia