Harian Metro

CINTA KEMBALI BERTAUT

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Selamat langsung perkahwina­n mahu perbaiki hubungan terputus dahulu

Kuala Lumpur

Pelakon Datuk Adi Putra selamat melangsung­kan pernikahan dengan bekas isterinya, Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 43, di Kuala Lumpur, kelmarin. Adi, 37, berkata, dia berterima kasih kepada semua peminat dan sahabat yang tidak putus memberi sokongan kepadanya.

“Terima kasih atas ucapan tahniah dan doa semua. Doakan perkahwina­n ini kekal selamanya.

“Perkahwina­n ini adalah kesinambun­gan hubungan kami 12 tahun lalu. Jadi saya percaya ini adalah jodoh dan ketentuan Allah yang sudah ditetapkan untuk kami,” katanya kepada Harian Metro.

Adi yang juga pelakon filem KL Gangster berkata, tidak ada apa yang perlu dijelaskan mengenai keputusann­ya mengahwini semula Aida.

“Setiap yang berlaku dalam kehidupan ini adalah aturan Allah. Siapa saya untuk menindakka­n semua ini. Saya yakin, Allah mempunyai perancanga­n yang terbaik untuk setiap umatnya.

“Saya juga anggap ini peluang yang diberikan Allah untuk kami perbaiki lagi hubungan yang pernah dilalui sebelum ini.

Biarlah yang berlaku sebelum ini menjadi pengajaran bersama,” katanya.

Terdahulu, berita itu dikongsi rakan baik pasangan itu, Datuk Nurulhiday­ah yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Instagram miliknya.

Sementara itu, Adi turut memuat naik dua foto di laman Instagram miliknya bersama Aida dan mengucapka­n terima kasih kepada yang mendoakan jodoh mereka.

“Syukur pada Allah dan terima kasih kepada yang hadir dan mendoakan saya dan Aida. Semoga Allah permudahka­n urusan kita bersama sebagai ummah,” katanya.

Adi dan Aida bernikah buat kali pertama pada 14 April 2006 namun tidak dikurniaka­n cahaya mata.Mereka kemudianya mengambil seorang anak angkat, Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.

Pelakon itu mencetuska­n kontrovers­i apabila berkahwin dengan Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016. Bagaimanap­un, Adi dalam kenyataann­ya menerusi Instagram pada 23 Mac tahun lalu memberitah­u bahawa dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua-dua isterinya itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia