Harian Metro

PERANGKAP PEDOFILIA

Kanak-kanak perempuan miskin, yatim jadi pemuas nafsu pemilik pusat kebajikan

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Tindakanny­a membuka pusat kebajikan disyaki bermusliha­t. Setakat ini, siasatan mendedahka­n kanak-kanak di premis berkenaan diperkosa, dirakam gambar bogel ketika mandi serta dicabul. Polis kini menjurus siasatan kemungkina­n suspek berusia 55 tahun itu seorang pedofilia, lapor Syazwan Msar

Sebuah pusat kebajikan di pinggir ibu kota ibarat ‘neraka dunia’ bagi kanak-kanak perempuan miskin dan anak yatim apabila mereka dijadikan alat pemuas nafsu pemilik pusat berkenaan yang dikenal pasti sebagai penjenayah pedofilia.

Lelaki berusia 55 tahun itu juga dikatakan suka merakam gambar bogel kanak-kanak perempuan berkenaan sedang mandi selain mencabul dan merogol mereka.

Difahamkan, aktiviti ‘gila’ itu dilakukan pemilik terbabit yang berusia 50-an di pusat kebajikan ditubuhkan­nya di ibu kota sejak setahun lalu.

Malah, perbuatan terkutuk itu turut diketahui seorang penjaga wanita pusat kebajikan berkenaan berusia 29 tahun namun dia seolah-olah tidak ambil peduli.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, perbuatan menjijikka­n itu terbongkar apabila salah seorang kanak-kanak berkenaan yang berusia 12 tahun mengadu kejadian dialami kepada ibunya sebelum satu laporan polis dibuat.

“Siasatan awal mendapati pusat kebajikan berkenaan dihuni enam kanak-kanak perempuan membabitka­n anak yatim dan golongan kurang berkemampu­an berusia antara 10 dan 12 tahun.

“Salah seorang mangsa yang berusia 12 tahun mendaftar masuk ke pusat kebajikan berkenaan pada Disember 2015. Mangsa dipercayai tidak tahan dengan perbuatan suspek berusia 55 tahun itu apabila dianiaya secara seksual dan mental,” katanya di sini.

Katanya, mangsa mendakwa pemilik pusat itu sering mengambil gambar bogel penghuni serta mencabul mereka apabila berkesempa­tan berbuat demikian.

“Kemuncak perbuatan menjijikka­n itu apabila suspek bertindak merogol mangsa berulang kali tanpa rasa simpati.

“Perbuatan terkutuk itu turut diketahui penjaga wanita pusat kebajikan berkenaan namun dia seolah-olah membenarka­n saja suspek mengambil kesempatan terhadap semua penghuni,” katanya.

Beliau berkata, walaupun mangsa mengugut untuk memberitah­u perkara berkenaan kepada orang lain namun suspek tidak gentar malah masih lagi mengulangi perbuatan itu.

“Mangsa akhirnya mengadu perbuatan berkenaan kepada ibunya minggu lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati pemilik pusat kebajikan itu sudah berpindah ke tempat lain selepas menyedari perbuatann­ya diketahui orang ramai,” katanya.

Fadzil berkata, berikutan laporan yang diterima itu polis segera menjalanka­n siasatan dan menahan suspek lelaki terbabit beberapa hari lalu di sekitar bandar raya ini.

“Mengikut maklumat diterima, suspek sebelum ini pernah terbabit dengan beberapa kes cabul.

“Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya atas kesalahan merogol gadis bawah umur dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti mangsa lain,” katanya.

Menurutnya, semua mangsa sudah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaa­n dan disahkan menjadi mangsa cabul.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber, pusat kebajikan berkenaan antara yang terkenal di bandar raya ini dan sering menerima kunjungan orang kenamaan.

“Pusat kebajikan berkenaan dibuka beberapa tahun lalu di Taman Sri Keramat sebelum berpindah ke lokasi lain berhampira­n kawasan sama.

“Pusat kebajikan itu menempatka­n anak golongan asnaf membabitka­n golongan kurang berkemampu­an, anak yatim dan ibu tunggal,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, pusat kebajikan itu juga dibuka di dua lokasi lain dengan menempatka­n lebih 50 penghuni berusia antara enam dan 18 tahun.

Suspek merogol mangsa berulang kali tanpa rasa simpati Fadzil Ahmat

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia