Harian Metro

SOLAT DALAM RUMAH TERBAKAR

-

Penagih tenang selepas dinasihat imam bertindak luar jangka akibat ibu enggan beri wang

“Sejak kelmarin (Khamis) lagi lelaki itu kata hendak bakar rumahnya, tetapi selepas dinasihati penduduk kampung, dia seakan-akan termakan pujukan kami namun tidak sangka pula dia tetap melakukann­ya,” kata lelaki yang mahu dikenali sebagai Azmi, 25.

Dia adalah jiran kepada seorang suspek dipercayai penagih dadah yang bertindak membakar rumah pusaka peninggala­n arwah bapanya di FELDA Jengka 11, jam 2.10 petang kelmarin.

Suspek dikatakan bertindak demikian kerana berang selepas ibunya enggan memberikan wang seperti yang dimintanya dipercayai untuk membeli dadah.

Menurut Azmi, petang Khamis lalu, suspek ada datang ke rumahnya dan memberitah­u dalam keadaan marah untuk membakar rumah selepas berang tidak mendapat wang daripada ibunya.

“Kami panggil tok imam untuk bagi nasihat, dia macam dah okey, tetapi tak sangka pula dia bakar juga rumah itu. Memang dia ada masalah dadah sejak sekian lama.

“Malah ibunya yang berstatus ibu tunggal juga tidak sanggup tinggal di rumah itu kerana sering diugut. Mujur masa kejadian ibu lelaki itu berada di rumah salah seorang anaknya di ibu kota,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, selepas membakar rumah itu suspek kemudian solat di dalam rumah yang sedang terbakar itu sebelum berjaya ditarik keluar penduduk kampung.

“Lepas itu, dia mandi pula di dalam bengkel di tepi rumahnya dan ketika itu api sedang marak membakar. Jadi penduduk kampung menghubung polis untuk tindakan selanjutny­a.

“Penduduk kampung tidak pasti apa motif dia buat macam itu, tetapi syukur sangat sebab tidak membabitka­n sebarang kemalangan jiwa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superinten­dan Norzamri Abd Rahman berkata, suspek yang berusia 37 tahun dipercayai sudah mengugut untuk membakar rumah itu sejak beberapa hari lalu kerana ibunya enggan memberinya duit untuk membeli bahan terlarang itu.

“Selepas mendapat maklumat mengenai kejadian berkenaan, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menangkap suspek di sekitar kawasan rumah berkenaan.

“Suspek yang juga seorang penganggur dan mempunyai lima rekod kesalahan lampau itu kini ditahan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunaka­n api,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya yang menerima panggilan jam 2.27 petang berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 30 minit.

“Sebuah jentera dihantar ke lokasi dan ketika sampai di lokasi berlaku kejadian kebakaran membabitka­n sebuah rumah jenis separuh kekal sedang terbakar. Kebakaran itu menyebabka­n 90 peratus rumah terbakar. Bagaimanap­un, jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? RUMAH pusaka di FELDA Jengka 11 musnah dijilat api dibakar penagih dadah (gambar kecil), petang kelmarin.
RUMAH pusaka di FELDA Jengka 11 musnah dijilat api dibakar penagih dadah (gambar kecil), petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia