Harian Metro

SEMINGGU SUAMI TERMENUNG

- Mohd Sah Muda am@hmetro.com.my

“Arwah sempat menghantar saya ke tempat kerja. Tidak lama kemudian, anak menghubung­i saya dan memaklumka­n arwah terbabit kemalangan,” kata Zuraidah Baharon, 35.

Zuraidah ialah isteri kepada bekas pelumba basikal Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 1998, Jema’in Md Khalid, 39, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Mersing-Endau di sini, jam 7.30 pagi semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa dikatakan cuba masuk ke simpang Kampung Tenglu sebelum Suzuki Smash ditunggang­nya dirempuh.

Mangsa tercampak beberapa meter dan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala serta badan.

Zuraidah berkata, sepanjang minggu lalu, arwah lebih banyak mendiamkan diri dan termenung malah sering mengingatk­annya supaya menjaga diri serta ketiga-tiga anak mereka sebaik mungkin.

“Arwah banyak termenung seolah-olah memikirkan sesuatu apabila ditanya dia tidak menjawab.

“Sebaik dimaklumka­n berkaitan kejadian, saya bergegas ke lokasi. Luluh hati saya melihat mayat suami di atas jalan,” katanya ditemui di Hospital Mersing.

Menurutnya, seperti biasa, arwah menghantar­nya ke gerai dia bekerja sebagai pembantu sebelum arwah ke Pasar Tepian Sungai di bandar Mersing untuk menghantar kuih dibuatnya kepada peniaga.

Katanya, arwah seorang yang penyayang dan bertanggun­gjawab serta banyak membantu menguruska­n pelbagai urusan keluarga bagi membesarka­n tiga anak berusia 12, 15 dan 17 tahun yang masih bersekolah.

“Saya bukan saja hilang teman hidup malah tempat bergantung. Saya juga buntu memikirkan bagaimana mahu membesarka­n tiga anak sendirian,” katanya.

Jenazah arwah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tenglu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing Superinten­dan Cyril Edword Nuing berkata, mangsa dirempuh sebuah Proton Waja.

“Kami menahan pemandu Proton Waja itu dan pemeriksaa­n mendapati dia tiada lesen memandu manakala cukai jalan dan insurans kereta berkenaan tamat tempoh.

“Selain itu, kami dapati lelaki berusia 49 tahun itu mempunyai saman kerana tiada lesen memandu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Bekas pelumba basikal maut dirempuh pemandu tiada lesen selepas hantar isteri ke tempat kerja

 ??  ?? ZURAIDAH (kiri) bersama ahli keluarga menunggu proses bedah siasat jenazah Jema’in di Unit Forensik Hospital Mersing. KEADAAN motosikal Jema’in (gambar kecil) yang rosak teruk akibat kemalangan, semalam.
ZURAIDAH (kiri) bersama ahli keluarga menunggu proses bedah siasat jenazah Jema’in di Unit Forensik Hospital Mersing. KEADAAN motosikal Jema’in (gambar kecil) yang rosak teruk akibat kemalangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia