Harian Metro

‘Sangat membantu ketika hujung semester’

-

Serdang: “Sebagai antara orang yang mula-mula menggunaka­n Free Ride, sudah tentu ia sangat membantu, apatah lagi ketika hujung semester, ramai yang sudah mula ‘sengkek’.

“Saya dapat makluman daripada kumpulan WhatsApp, terus hubungi penganjur dan mereka hantar saya ke stesen komuter tanpa apa-apa bayaran, memang rasa lega,” kata Amir Hakimi Amir Hamzah, 24.

Dia antara penumpang terawal menggunaka­n perkhidmat­an Free Ride turut bersyukur kerana ia disediakan ketika keadaan memerlukan dan mahasiswa sudah mula bercuti dan pulang ke kampung.

Katanya, pada mulanya dia agak gusar memandangk­an sebelum ini pernah menaiki pengangkut­an awam yang mengenakan caj, namun lega selepas dimaklumka­n ia percuma.

“Maklumlah waktu itu sudah hujung semester dan saya hanya fikir untuk balik ke kampung. Wang yang ada cukup-cukup untuk tambang balik ke Batu Gajah, Perak.

“Bila dimaklumka­n ada Free Ride, saya pun cubalah. Selepas ini pun, jika ada peluang, saya akan gunakan lagi servis ini. Sekurang- kurangnya dapatlah berjimat, lagipun ia memang percuma,” katanya yang juga penuntut Sarjana Muda Sains Komputer UPM.

Seorang lagi penuntut Siti Syahirah Bahari, 22, berkata, usaha dilakukan HARMONI itu menunjukka­n mahasiswa juga prihatin dengan nasib rakan mereka yang tidak berkemampu­an.

Katanya, tidak semua mahasiswa datang dari keluarga berada dan duit yang dapat dijimatkan itu boleh digunakan untuk perkara lain seperti menyiapkan tugasan dan membeli barangan keperluan.

“Saya terhutang budi dengan inisiatif seperti ini kerana ia memang membantu saya dan rakan-rakan lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia