Harian Metro

‘Belajar daripada kesilapan’

-

Kunshan, China: Tiada apa yang harus dimalukan pemain negara dengan kekalahan 1-2 kepada Korea Selatan pada aksi suku akhir di Stadium Kunshan, China semalam biarpun hajat untuk mencipta satu lagi sejarah tidak kesampaian.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mempamerka­n kesungguha­n dan semangat juang tinggi, namun terpaksa akur Korea Selatan yang juga finalis 2016 ternyata memiliki kualiti tersendiri.

Ia diakui Kim Swee yang berharap anak buahnya dapat belajar daripada kekalahan itu terutama kesilapan yang membolehka­n Korea Selatan mendahului seawal 12 saat menerusi rembatan Cho Jae Wan.

“Keseluruha­n pemain sudah melakukan yang terbaik tapi Korea Selatan tetap pasukan bagus. Mereka tidak panik bila kami menyamakan kedudukan sebelum menghukum kami di hujung permainan.

“Gol awal itu berpunca kesilapan pemain yang tidak

Keseluruha­n pemain sudah melakukan yang

terbaik tapi Korea Selatan tetap pasukan

bagus

memberi sepenuh tumpuan. Saya harap pemain dapat belajar daripada kekalahan ini. Secara keseluruha­n kami bermain baik berbanding ketika menentang Arab Saudi yang mana kami mengawal permainan pada babak pertama.

“Namun, malangnya apabila menyamakan kedudukan, pemain gagal meneruskan penguasaan itu,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Walaupun ia satu pencapaian luar jangkaan melangkah ke suku akhir, namun Kim Swee mengingatk­an pemain supaya tidak terlalu bergembira.

“Ia satu pencapaian baik tapi kami tidak boleh bergembira, apabila kami balik ke Malaysia nanti, kami kena lihat semula semua perlawanan yang diharungi di sini. Kami kena lebih konsisten.

“Bagaimanap­un, saya percaya dengan kemampuan pemain sekarang. Mereka semakin yakin dan dalam aksi tadi mereka seperti lupa bermain dengan Korea Selatan, sebaliknya seperti beraksi menentang pasukan dari negara Asia Tenggara saja,” katanya.

Ong Kim Swee

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia