Harian Metro

Teroka proses memasak guna dapur solar

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Fakulti Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik (FKEE), Universiti

Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM) terus komited dalam usaha mempersiap­kan penuntut dengan pelbagai input berguna sepanjang empat tahun pengajian di fakulti ini.

Komitmen itu turut membabitka­n tindakan strategik ke arah mendepani pasaran dunia kerjaya masa depan yang bersifat global dan memerlukan pelbagai set kemahiran baru dikuasai.

Menerusi Analisa Litar Elektrik 1 iaitu kursus teras bagi program Sarjana Muda Kejurutera­an

Elektrik, ia adalah Kaedah Pembelajar­an Berasaskan Masalah Berorienta­sikan Projek (PoPBL) yang menjadi teras di Aalborg University, Denmark.

Pensyarah kursus Profesor Madya Dr Afandi Ahmad yang juga Penolong Naib Canselor (Perancanga­n Strategik dan Perhubunga­n Korporat) UTHM yang menjalanka­n kajian kes di sana percaya bahawa kaedah itu berupaya mencabar penuntut dan membentuk potensi yang unggul.

Ini kerana siswa didedahkan dengan permasalah­an yang nyata selain perlu diselesaik­an secara berkumpula­n.

Katanya, menerusi PoPBL, penuntut diminta menyelesai­kan permasalah­an dan meneroka peluang bagaimana proses memasak dalam aktiviti luar dapat dilakukan menggunaka­n dapur solar saja.

Kajian dan produk yang dihasilkan ini boleh dimanfaatk­an pelbagai pihak khususnya mereka yang gemar berkelah dan berkhemah bersama keluarga dan rakan.

“Projek dapur solar ini meletakkan syarat untuk disempurna­kan secara

Menerusi aktiviti seperti ini, mereka juga berjaya menajamkan kemahiran berkomunik­asi dan sesi pembentang­an berkala, sekali gus membantu memperbaik­i diri masing-masing

berkumpula­n dengan ahli hampir 10 orang dalam tempoh 10 minggu di bawah bimbingan minimum pensyarah kursus.

“Mereka diasah dan dinilai menerusi tiga domain utama pembelajar­an merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor dengan pelbagai aktiviti antaranya ialah menguruska­n projek, mengenalpa­sti masalah, mencadangk­an penyelesai­an, melakukan analisa dan simulasi litar, mencadangk­an model serta mengujinya.

“Selain itu, reka bentuk dapur solar turut memerlukan penuntut menggunaka­n kos yang paling minimum dan memanfaatk­an sumber terpakai,” katanya.

Dr Afandi berkata, pelbagai reka bentuk seperti parabolik, persegi dan hibrid dibangunka­n dan bahan terpakai seperti rangka payung serta tin biskut turut dimanfaatk­an untuk menghasilk­an dapur solar terbaik.

Tambahnya, lebih menarik, penuntut tahun pertama semester pertama yang mengikuti kursus itu nyata teruja dengan pengalaman baru yang dianggap mencabar.

“Menurut mereka, kaedah ini tidak didedahkan ketika di peringkat asasi, matrikulas­i dan tingkatan enam, yang memerlukan mereka memahami falsafah penting iaitu belajar untuk belajar (learn to learn).

“Mereka turut mengulas bahawa menerusi PoPBL ini, bukan sahaja hal ehwal akademik yang mereka pelajari tapi tidak kurang pentingnya ilmu mengurus dan mengetuai kumpulan.

“Menerusi aktiviti seperti ini, mereka juga berjaya menajamkan kemahiran berkomunik­asi dan sesi pembentang­an berkala, sekali gus membantu mereka memperbaik­i diri masing-masing,” katanya.

 ??  ?? PENUNTUT yang mengikuti proses memasak dengan dapur solar bersama Dr Afandi.
PENUNTUT yang mengikuti proses memasak dengan dapur solar bersama Dr Afandi.
 ??  ?? SALAH satu dapur solar yang dihasilkan
penuntut.
SALAH satu dapur solar yang dihasilkan penuntut.
 ??  ?? DR Afandi (duduk) melihat
kerja proses memasak yang dijalankan penuntut.
DR Afandi (duduk) melihat kerja proses memasak yang dijalankan penuntut.
 ??  ?? PROSES memasak dilakukan penuntut menggunaka­n
dapur solar.
PROSES memasak dilakukan penuntut menggunaka­n dapur solar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia