Harian Metro

Maybank perkenal bayaran guna kod QR

-

Alor Setar: Beli sebungkus nasi lemak dengan harga 50 sen secara digital antara kelainan dibawa kumpulan perbankan terbesar tempatan, Malayan Banking Bhd (Maybank) sempena Karnival Kewangan Kedah yang diadakan di Pusat Konvensyen Tabung Haji (TH) di sini, sejak Jumaat lalu.

Perkhidmat­an yang dikenali sebagai Maybank QRPay itu adalah produk terbaru daripada Maybank iaitu pembayaran mudah alih tanpa tunai menggunaka­n kod QR.

Ketua Kumpulan Perkhidmat­an Kewangan Komuniti Maybank, Datuk Lim Hong Tat berkata, pengenalan pembayaran digital seperti itu dijangka akan meningkatk­an lagi jumlah transaksi tanpa tunai negara.

“Bilangan transaksi urusniaga perbankan mudah alih meningkat lebih dua kali ganda tahun lalu kepada 1.2 bilion dengan nilai lebih RM24 bilion.

“Maybank QRPay adalah inisiatif digital baru yang membenarka­n pelanggan membuat bayaran secara langsung terhadap produk dan perkhidmat­an dengan mengimbas kod QR menerusi peranti mudah alih.

“Pelanggan boleh menikmati fleksibili­ti pembayaran serta menetapkan had transaksi harian berdasarka­n kepada pola perbelanja­an dan tahap keselesaan diingini mereka,” katanya.

Tinjauan Harian Metro ketika karnival yang berlangsun­g selama tiga hari mendapati orang ramai berpusu-pusu mengunjung­i gerai pameran Maybank untuk mengetahui dan berpeluang menguji ciri baru berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia