Harian Metro

SANJUNG BAPA A

- Suzianah Jiffar hmkk@hmetro.com.my

nak pejuang pembebasan Sabah (ketika itu Borneo Utara) ketika Perang

Dunia Kedua, Monica

Lim, terharu apabila nama bapanya, Vitalianus Joseph Lim @ Ubing, diabadikan pada plak peringatan baharu di Taman Tugu Peringatan Petagas, di sini, semalam.

Ubing, antara lapan wira yang diberi penghormat­an apabila nama mereka diletakkan pada plak peringatan atas keberanian mereka menentang Tentera Jepun.

Monica, 90, berkata, dia terharu kerana nama bapanya disemadika­n pada plak peringatan di tugu berkenaan.

“Sekurang-kurangnya ada nama bapa di tugu ini, saya dan keluarga lebih kerap datang ke sini,” kata anak kedua daripada lapan beradik yang masih hidup itu.

Lebih 60 ahli keluarga dan waris mendiang

Ubing hadir sempena upacara memperinga­ti mereka yang terkorban mempertaha­nkan Sabah ketika penaklukan tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua di Tugu Peringatan Petagas, di sini, semalam.

Majlis dihadiri Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Monica yang mempunyai 10 anak antara yang diberi penghormat­an meletakkan bunga di pekarangan tugu plak yang baharu dibina khusus untuk lapan wira berkenaan.

Tujuh yang lain ialah Lothar Wong Manjaji, Paul Lee Fook Onn @ Paul Lee Onn, Simon Thien, Bung Ah Tee @ Stephan Pan Tet Liong, Chong Pin Sin, Lim Hock Beng dan Mohinder Singh yang dianggap anti tentera Jepun, sekali gus termasuk dalam senarai hitam tentera Jepun.

Berdasarka­n sejarah, pada peringkat ketiga pelan pasukan pertahanan tentera Jepun (Mei 1945) iaitu ketika penjajahan di Borneo Utara (Januari 1942 hingga September 1945), pegawai tentera Jepun mengeluark­an tiga arahan penghapusa­n terhadap lapan orang awam.

Antara 12 Jun dan awal Julai 1945, lapan pejuang itu termasuk Ubing ditahan dan dinafikan perbicaraa­n mahkamah tentera lalu diseksa dan dibunuh tanpa keadilan dengan hanya mayat Lim serta Mohinder Singh ditemui.

Sementara itu, upacara kali ke-69 di Tugu Peringatan Petagas itu didahului dengan tiupan Last Post dan diikuti upacara bertafakur selama 20 saat untuk mengenang mereka yang terkorban.

Pairin kemudian meletakkan kalungan bunga mewakili Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman diikuti Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Joannes Solidau yang mewakili Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

Pada 21 Januari 1944, sebanyak 176 anggota gerila penentang Jepun yang dikurung di penjara Batu Tiga diangkut ke Petagas sebelum dibunuh secara beramai-ramai.

Tapak Tugu Peringatan Petagas itu ialah kawasan gerila penentang Jepun berkenaan dibunuh dan dikuburkan dengan nama mangsa diabadikan di tugu itu sebagai mengenang jasa bakti dan keberanian mereka mempertaha­nkan kedaulatan Borneo Utara daripada penjajahan Jepun.

Lapan wira tentang Jepun disemadi nama di plak tugu peringatan

 ??  ?? RICHARD (kanan) anak kepada Lim Hock Beng, salah seorang pejuang
pembebasan Sabah. PENOLONG Penasihat Pertahanan Tentera Laut Diraja Australia, Komander Douglas John Griffith (tengah) bersama sebahagian anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia Sabah pada upacara memperinga­ti mangsa perang di Taman Tugu Peringatan Petagas.
RICHARD (kanan) anak kepada Lim Hock Beng, salah seorang pejuang pembebasan Sabah. PENOLONG Penasihat Pertahanan Tentera Laut Diraja Australia, Komander Douglas John Griffith (tengah) bersama sebahagian anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia Sabah pada upacara memperinga­ti mangsa perang di Taman Tugu Peringatan Petagas.
 ??  ?? SEBAHAGIAN anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia turut hadir.
SEBAHAGIAN anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia turut hadir.
 ??  ?? MONICA (kanan) anak kepada Vitalianus Joseph Lim @ Ubing, salah seorang pejuang pembebasan Sabah.
MONICA (kanan) anak kepada Vitalianus Joseph Lim @ Ubing, salah seorang pejuang pembebasan Sabah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia