Harian Metro

Sambung reman pemilik pusat kebajikan

-

Ampang Jaya: Reman terhadap seorang pemilik pusat kebajikan yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dan cabul penghuni kanak-kanak pusat berkenaan di Taman Sri Keramat di sini, dilanjut enam hari lagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, tempoh reman itu disambung bagi membolehka­n polis meneruskan siasatan lanjut selepas arahan reman yang bermula Jumaat lalu berakhir hari ini (semalam).

“Bagaimanap­un, tempoh sambung reman dibenarkan selama enam hari sehingga 29 Januari ini.

“Turut disambung reman adalah isteri suspek berusia 30 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro semalam.

Sabtu lalu Harian Metro melaporkan, penghuni pusat kebajikan berkenaan berusia 12 tahun membongkar perbuatan jijik pemilik pusat kebajikan berkenaan berusia 55 tahun yang gemar mencabul penghuni.

Suspek juga dikatakan suka merakam gambar bogel kanak-kanak perempuan berkenaan sedang mandi, selain merogol mereka.

Difahamkan, aktiviti ‘gila’ itu dilakukan pemilik terbabit di pusat kebajikan ditubuhkan­nya di ibu kota sejak setahun lalu.

Perbuatan terkutuk itu turut diketahui seorang penjaga wanita pusat kebajikan berkenaan berusia 29 tahun, namun dia seolah-olah tidak ambil peduli.

Bagaimanap­un, ibu salah seorang mangsa bertindak membawa anaknya membuat laporan polis selepas dimaklumka­n berhubung kejadian menimpa mangsa.

 ??  ?? SUSPEK disiasat berhubung kes rogol dan cabul penghuni rumah kebajikan.
SUSPEK disiasat berhubung kes rogol dan cabul penghuni rumah kebajikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia