Harian Metro

Beri nama dua arnab peliharaan Ahmad, Che Jah

-

Pelakon Iqram Dinzly, 37, menamakan dua arnab pemberian Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Ahmad dan Che Jah.

Iqram atau Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin berkata, nama itu diberikan sempena nama arwah datuk dan nenek sebelah arwah bapanya.

“Baru semalam saya berikan nama arnab ini. Saya memang sukakan nama kampung, jadi saya pilih nama ini. Macam monyet saya dulu, saya namakan Ahdam.

“Ini kali pertama saya memelihara arnab. Sebelum ini saya pernah ada ayam, itik dan burung. Masuk dua hari bersama arnab ini, saya berasa sangat seronok.

“Semalam juga kedua-duanya bersenyawa. Bagi saya memelihara haiwan sesuatu yang baik dan boleh dijadikan terapi diri,” katanya.

Kuala Lumpur: Ketiadaan pasangan Fattah Amin dan Fazura dalam kategori MeleTop Top 20 pada Anugerah MeleTop ERA 2018 (AME 2018) menimbulka­n rasa tidak puas hati ramai peminat mereka.

Mereka mempersoal­kan mengapa artis kesayangan mereka tidak dicalonkan bersama pasangan lain seperti Stacy-Akim, Alif Satar-Shahida, Nora Danish-Nedim, Lisa Surihani-Yusry Abdul Halim dan Aliff Aziz-Bella Astillah.

Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro Namanzee Haris menafikan AME sengaja tidak mencalonka­n mereka, tetapi ia termaktub dalam terma dan syarat pencalonan.

“Untuk pengetahua­n, senarai pencalonan dibuka bermula 15 November 2016 sehingga 14 November tahun lalu dan ia terbuka kepada pasangan popular yang berkahwin sebelum tarikh akhir pencalonan.

“Dalam isu pasangan ini, mereka bernikah 27 November

 ??  ?? IQRAM bersama arnab kesayangan­nya.
IQRAM bersama arnab kesayangan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia