Harian Metro

Mahu buktikan bakat

- DARI MUKA R23

Farah gusar apabila perlu berlakon lebih baik

berbanding Titian Cinta

Namun, disebabkan itu juga, timbul rasa gusar dan sedikit tekanan dalam dirinya.

Ini kerana dia perlu membuktika­n lakonannya selepas ini perlu lebih baik berbanding Titian Cinta.

“Jangkaan peminat semestinya lebih tinggi selepas mereka lihat lakonan saya dalam drama itu. Memang ada tekanan. Tapi seperti yang saya katakan, selain lakonan, pelakon gandingan serta jalan ceritanya juga perlu bagus,” katanya.

Bulan depan, Farah akan mula menjalani penggambar­an drama berjudul Halalkan Hati Yang Ku Curi untuk slot Akasia, TV3.

“Dalam drama itu saya digandingk­an dengan Aliff Aziz dan ditayangka­n 27 episod sepanjang Ramadan nanti,” katanya.

Ditanya sama ada dia mampu mengekalka­n momentum daripada Titian Cinta kepada drama seterusnya itu, Farah yakin ia masih kuat.

“Insya-Allah, momentum daripada Titian Cinta masih ada dan dibawa ke drama seterusnya. Saya akan berikan lakonan yang lebih baik dalam Halalkan Hati Yang Ku Curi.

“Saya ada peminat saya dan begitu juga dengan Aliff. InsyaAllah, drama ini menjadi satu lagi karya yang akan mengukuhka­n lagi nama saya sebagai pelakon,” katanya.

Apa pun, anak jati Kelantan ini sentiasa mengingatk­an dirinya supaya tidak terlalu mengejar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia