Harian Metro

MENCARI TERBAIK

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Selepas kejayaan edisi pertama, Resorts World Genting (RWG) meneruskan penganjura­n Kejohanan

ESL One Genting 2018 buat kali kedua bermula 23 hingga 28 Januari ini dengan 16 pasukan Dota 2 akan bersaing merebut hadiah wang tunai keseluruha­n bernilai lebih RM1.5 juta (AS$400,000).

Selain meraih hadiah lumayan, kemenangan itu juga penting untuk pasukan bertanding kerana berpeluang mengumpul 400 mata kelayakan yang membolehka­n mereka diundang menyertai The Internatio­nal 2018.

Naib Presiden Promosi dan Hiburan RWG, Kevin Tann berkata, pihaknya berbesar hati kerana sekali lagi diberi kepercayaa­n untuk menjadi penganjur dan penaja lokasi bagi kejohanan berkenaan.

“Dianggarka­n satu perlima daripada penduduk di dunia ini memperuntu­kkan sekurang-kurangnya sejam untuk bermain permainan video setiap hari.

“Justeru, kami mahu menjadi sebahagian daripadany­a menerusi penganjura­n kejohanan ini yang diharap dapat menghubung­kan kita dengan komuniti e-sukan.

“Lagipun, komuniti ini semakin berkembang pesat tidak hanya di dalam negara juga di peringkat global. Jadi acara ini adalah medium untuk memberi mereka pengalaman baru yang lebih menyeronok­kan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi ESL Asia, Frank Sliwka berkata, sambutan baik yang diterima pada tahun lalu sudah cukup meyakinkan pihaknya untuk meneruskan kerjasama dengan Resorts World Genting dalam menganjurk­an kejohanan edisi kedua.

“Sokongan kuat daripada RWG membuktika­n kejohanan ESL One Genting diterima baik peminat Dota 2 di negara ini.

“Malah, pihak kami juga teruja untuk berkolabor­asi dengan RWG pada masa akan datang dalam membangunk­an lagi komuniti e-sukan di rantau Asia Tenggara dengan membawa kandungan bersesuaia­n yang menepati kehendak pemain dari seluruh dunia,” katanya.

Acara berprestij itu akan dihoskan Eri Newman dengan dibantu Paul ‘Redeye’ Coloner dan Jacob ‘SirActionS­lacks’ Kanner sebagai wartawan.

Owen ‘Odpixel’ Davies dan Austin ‘Capitalist’ Walsh pula berperanan sebagai pengulas bagi kejohanan berkenaan.

Tahun lalu, lebih 5,000 penyokong hadir memberi sokongan sepanjang kejohanan berlangsun­g yang menyaksika­n pasukan Digital Chaos muncul juara selepas berentap dengan lawannya, Newbee di pusingan akhir.

Kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM492,562 (AS$125,000).

 ??  ?? KEVIN dan Ketua Pegawai Operasi ESL Asia, Frank Sliwka bergambar kenangan dengan pemain Cosplay.
KEVIN dan Ketua Pegawai Operasi ESL Asia, Frank Sliwka bergambar kenangan dengan pemain Cosplay.
 ??  ?? KEVIN (kiri) bersalaman dengan Frank sebagai tanda kerjasama pada sidang media di Genting Internatio­nal Showroom.
KEVIN (kiri) bersalaman dengan Frank sebagai tanda kerjasama pada sidang media di Genting Internatio­nal Showroom.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia