Harian Metro

Tiada lagi tahanan KFR

-

Kota Kinabalu: Polis Sabah mengesahka­n tiada lagi rakyat Malaysia yang menjadi tahanan kumpulan yang menjalanka­n aktiviti culik untuk tebusan (KFR) di selatan Filipina dan pantai timur negeri ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, semua rakyat Malaysia yang sebelum ini menjadi tahanan kumpulan terbabit jenayah itu dibebaskan.

“Hasil pemeriksaa­n kami tiada rakyat Malaysia menjadi tahanan KFR. Semua dibebaskan,” katanya selepas Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ktua Polis Sabah, Datuk Razarudin Husain. Dalam kejadian 18 Julai 2016, lima rakyat Malaysia diculik kumpulan Abu Sayyaf selepas kapal tunda mereka, Serudong 3, ditemui dengan enjin tidak dimatikan di perairan Dent Haven, Lahad Datu.

Ketika kejadian, mangsa dalam pelayaran ke Semporna selepas menghantar pasir di Sandakan. Lima mangsa yang diculik ialah Tayudin Anjut, 47, Abd Rahim Summas, 64, Fandy Bakran, 28, Mohamad Jumadil Rahim, 25, dan Mohd Ridzuan Ismail, 34.

Dua daripadany­a iaitu Tayudin dan Abdul Rahim diselamatk­an menerusi operasi ketenteraa­n oleh pasukan keselamata­n Filipina pada 23 Mac tahun lalu, manakala tiga lagi diselamatk­an menerusi operasi sama pada 27 Mac tahun sama.

Sementara itu, Ramli berkata, pihaknya menerima 182 maklumat berkenaan KFR didalangi penjenayah aktif melakukan jenayah rentas sempadan di selatan Filipina dan pantai timur Sabah sepanjang 2017.

Katanya, berdasarka­n maklumat itu, pasukan keselamata­n mengambil langkah meningkatk­an kawalan dan pengawasan termasuk dengan kerjasama Filipina dan hasilnya tiada kes berkaitan KFR, pada tahun lalu.

 ?? Ramli Din ?? Hasil pemeriksaa­n kami tiada rakyat Malaysia menjadi tahanan KFR. Semua dibebaskan”
Ramli Din Hasil pemeriksaa­n kami tiada rakyat Malaysia menjadi tahanan KFR. Semua dibebaskan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia