Harian Metro

Tiga kelab luar negara intai Akhyar

- Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

menambat hati peminat.

Antaranya ketika mempamerka­n persembaha­n meyakinkan ketika seri 1-1 dengan Jordan dan kemenangan 1-0 ke atas Arab Saudi dalam aksi peringkat Kumpulan C.

“Bagi keseluruha­n permainan, saya berpuas hati kerana dapat menimba banyak pengalaman terutama dari segi teknikal, fizikal dan mental.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih kerana memberi kepercayaa­n. Pada perlawanan pertama, saya kurang mendapat masa untuk beraksi kerana kecederaan.

“Selepas itu, saya amat gembira kerana dapat bermain pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Setar: Kelincahan pemain muda negara Akhyar Rashid pada Kejohanan Bawah 23 Tahun AFC baru-baru ini menjadi perhatian kelab rantau Asia.

Malah, maklumat dalam laman media sosial juga turut mengaitkan nama Akhyar dengan kelab ternama Thailand, Buriram United.

Abangnya, Rafdi Rashid yang juga bekas pemain Kedah, mengesahka­n ada wakil atau ejen berminat untuk berunding dengan Akhyar mengenai tawaran ke kelab Thailand, Jepun dan juga Indonesia seperti dihebahkan sebelum ini.

“Ada ejen menghubung­i saya dan berhasrat berunding lebih lanjut mengenai peluang Akhyar menyertai kelab sekitar Asia, namun masih di peringkat awal. Selanjutny­a mereka perlu menunggu hingga Akhyar pulang selepas menamatkan misi di China,” katanya.

Bagaimanap­un, Rafdi yakin Akhyar yang juga pemain sayap lincah Kedah akan memberi sepenuh perhatian kepada Kedah terlebih dulu sebelum membuat apa-apa keputusan untuk melangkah ke luar negara.

 ?? Akhyar Rashid ?? Saya berpuas hati kerana dapat menimba banyak pengalaman”
Akhyar Rashid Saya berpuas hati kerana dapat menimba banyak pengalaman”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia