Harian Metro

Vathanaka makin serasi dengan Tok Gajah

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Pemain import Pahang, Chan Vathanaka

semakin serasi dengan corak permainan skuad itu menjelang aksi pembukaan saingan Liga Malaysia, awal bulan depan.

Pemain berasal dari Kemboja itu berkata, segalanya dilihat positif selepas hampir sebulan bersama rakan sepasukan termasuk beraksi dalam dua perlawanan persahabat­an di Thailand dan Terengganu, baru-baru ini.

Katanya, komitmen semua pemain diyakini mampu memperkasa­kan skuad Tok Gajah sekali gus memburu kejayaan bermakna musim ini.

“Sebenarnya, dua kejohanan di Bangkok dan Terengganu banyak membantu meningkatk­an lagi prestasi termasuk dari segi persefaham­an dengan rakan.

(gambar)

“Kami kini boleh bermain dalam satu pasukan dan prestasi itu akan dipertingk­atkan lagi sebaik saingan liga bermula nanti,” katanya.

Mengulas keputusan beralih kerjaya sebagai pemain profesiona­l ke negara ini, dia gembira dan mahu memastikan kejayaan buat pasukan.

“Saya yakin dengan sokongan semua termasuk jurulatih (Dollah Salleh) misi meraih kejayaan bersama Pahang akan terlaksana,” katanya.

Musim ini, Vathanaka menyarung jersi kelab Boeung Ket Angkor dari 2012 hingga 2017 sebelum dipinjamka­n ke kelab Jepun, Fujieda MYFC.

Dengan pengalaman selama lima tahun bersama kelab Kemboja, sudah pasti pemain berumur 23 tahun itu dapat membantu memantapka­n jentera tengah Tok Gajah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia