Harian Metro

Kemudahan bertaraf dunia

-

Kuala Lumpur: Juara Liga Super empat kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan terus menyediaka­n kemudahan bertaraf dunia dalam usaha memastikan pemain Harimau Selatan sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Menerusi satu kenyataan di laman Johor Southern Tigers, Harimau Selatan akan memiliki satu pusat latihan altitud dan kompleks hidroterap­i yang turut dilengkapi dengan dapur organik untuk semua pemain pasukan itu.

“Kemudahan ini akan disediakan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam, Pusat Latihan Padang Mawar dan pusat latihan baharu yang akan dibina bersebelah­an Stadium Sultan Ibrahim nanti.

“Walaupun JDT sudah mempunyai pusat latihan dan fasiliti yang terbaik ketika ini tapi ini adalah visi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahukan pusat latihan baharu akan datang menjadi antara 10 terbaik di dunia,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, pasukan itu turut memberi bayangan bentuk pusat latihan altitud dan kompleks hidroterap­i yang akan dibina di tiga pusat latihan milik pasukan itu akan menjadi kemudahan baharu untuk dinikmati pemain.

Berdasarka­n pelbagai kemudahan yang ditawarkan, sudah pasti pemain mampu memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan dalam usaha memburu lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Antara kelebihan pusat latihan altitud, ia dapat membantu meningkatk­an kecergasan pemain dengan mereka didedahkan dengan persekitar­an rendah oksigen manakala kompleks hidroterap­i pula boleh membantu meredakan ketegangan otot selepas latihan dan perlawanan.

 ??  ?? PEMAIN Johor DT ketika sesi latihan di Padang Seri Gelam.
PEMAIN Johor DT ketika sesi latihan di Padang Seri Gelam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia