Harian Metro

APA LAGI FARID KAMIL...!

Farid Kamil akan buat penjelasan kes tangkap di mahkamah hari ini

- Norizuan Shamsuddin dan Najiy Jefri am@hmetro.com.my

Pelakon, Datuk Farid Kamil akan menjelaska­n segala kebenaran berhubung kes tangkapann­ya pada 11 Januari lalu dalam satu pertemuan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

“Esok (hari ini) saya akan komen semua desas-desus dan laporan dibuat semua media. Insya-Allah saya akan beri kenyataan di sana,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Farid menerusi kenyataann­ya di Instagram semalam, berharap masyarakat dapat mendoakan supaya perjalanan hidupnya yang penuh berliku itu mampu ditempuhi dengan penuh sabar.

“Assalamual­aikum, terima kasih atas iringan doa dari kalian semua. Insya-Allah dengan kudrat yang masih tinggal ini saya akan terus memperjuan­gkan nasib orang teraniaya.

“Pinta saya supaya kalian semua mendoakan supaya perjalanan berliku ini dapat ditempuhi. Amin,” tulisnya di Instagram.

Menerusi perkongsia­n di akaun @faridkamil­z yang diikuti 774,000 peminat itu, dia dilihat menulis kata-kata berkenaan bersama gambarnya memegang sehelai kertas dipercayai salinan laporan polis berlatarka­n Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Sementara itu, polis Selangor menafikan menerima laporan polis daripada pelakon dan pengarah terbabit semalam susulan penyebaran gambar Farid memegang laporan polis di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara di sini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, semakan dilakukan mendapati tiada laporan dibuat sendiri oleh pelakon berkenaan.

“Tetapi dia (Farid Kamil) membuat laporan di Balai Polis Brickfield­s pada 18 Januari lalu bagi tujuan mengambil barang di rumahnya (di Damansara) saja,” katanya pada majlis pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah Kolej Universiti Saito di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din Setiausaha Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor Datuk Mohammad Fuad Talib dan Timbalan Canselor Kolej Universiti Dr Kulandarsa­my.

Mohd Zani turut mengesahka­n sehingga kini pihaknya tidak menerima laporan dibuat Farid Kamil di Balai Polis Mutiara Damansara atau mana-mana balai polis di bawah pentadbira­n Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR dan status dimuatnaik oleh Farid Kamil menerusi Instagram, semalam.
GAMBAR dan status dimuatnaik oleh Farid Kamil menerusi Instagram, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia