Harian Metro

ROTI CANAI 50 SEN

Peniaga jual roti canai 50 sen dapat sambutan ramai

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

“Ada ramai bertanya, berapa lama boleh bertahan kalau terus jual roti canai 50 sen? Saya kata, sudah lama saya bertahan.

“Harga sekeping roti canai ini saya kekalkan sejak mula berniaga pada 2001 lagi,” kata Mustafa Abd Latif, 54, pengusaha warung yang menjual roti canai pada harga 50 sen sekeping.

Mustafa bersama isteri, Norlela Salleh, 46, dibantu empat anak mereka mengusahak­an warung di tepi tali air di Kampung Bukit Pulau, Bukit Katil di sini, hampir lima tahun lalu selepas berpindah dari kedai asal mereka di Taman Melaka Raya kerana kurang sambutan.

Pengusaha warung berasal dari Ujong Pasir itu tidak menyangka keputusan berpindah dengan menyewa warung sekarang membawa tuah apabila roti canai dijual pada harga 50 sen tular di Facebook (FB).

“Harga 50 sen saya kekalkan kerana mudah untuk pelanggan bayar, makan dua roti canai kosong, bayar RM1, minum secawan teh RM1. Mudah juga untuk saya pulangkan wang baki.

“Sejak kebelakang­an ini, Alhamdulil­lah, ramai pelanggan. Bagi setiap hidangan roti canai, saya sertakan kuah kacang dan sambal sekali,” katanya, semalam.

Menurutnya, selain roti canai kosong, roti canai telur dijual pada harga RM1, roti canai telur bawang pula RM1.30, roti sardin RM2, nasi lemak telur mata RM2, nasi bajet (nasi putih berlauk ayam goreng, sambal belacan dan kuah asam pedas) RM3.50 manakala nasi ayam RM4.

Ditanya sama ada boleh menjana pendapatan dengan menjual makanan dan minuman pada harga murah, Mustafa berkata, keuntungan ada namun tidak lumayan seperti peniaga lain.

Menurutnya, ada pelanggann­ya tertanya-tanya berapa lama warungnya boleh bertahan jika dia kekal menjual makanan pada harga murah.

Katanya, pelanggan menyambut baik usahanya itu namun dia dikritik segelintir peniaga lain yang mendakwa tindakanny­a meletakkan harga murah seumpama merosakkan perniagaan mereka.

“Semua teguran dianggap positif, saya tak berniat nak kacau perniagaan orang lain kerana lokasi warung saya tersorok. Saya tidak menaikkan harga roti canai berikutan bekalan tepung gandum diperoleh pada harga lama.

“Setiap satu kilogram (kg) tepung gandum boleh menghasilk­an 25 keping roti canai, jadi saya sudah ada untung namun tak tinggi. Sejak warung saya menjadi tular, semakin ramai penggemar makanan singgah ke sini.

“Saya terharu apabila ramai pelanggan sanggup bersabar berdiri di luar menunggu kerusi dan meja kosong,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUSTAFA menunjukka­n hidangan yang ada di warungnya.
MUSTAFA menunjukka­n hidangan yang ada di warungnya.
 ??  ?? MUSTAFA mampu menghasilk­an 25 keping roti canai daripada sekilogram tepung.
MUSTAFA mampu menghasilk­an 25 keping roti canai daripada sekilogram tepung.
 ??  ?? LOKASI gerai Mustafa di Kampung Bukit Pulau, Bukit Katil.
LOKASI gerai Mustafa di Kampung Bukit Pulau, Bukit Katil.
 ??  ?? PELANGGAN menikmati roti canai di gerai Mustafa.
PELANGGAN menikmati roti canai di gerai Mustafa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia