Harian Metro

MENCARI ‘ABANG BUDIMAN’

Pembantu klinik jejak lelaki bantu tolak kereta ketika hujan lebat untuk balas jasa

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Saya berniat baik untuk membantu lelaki berkenaan Azliza

“Saya mohon lelaki berkenaan dapat menghubung­i saya segera, jika dia suami orang, saya akan menyara barangan dapur dan wang bulanan untuk anak isteri dia kerana saya terhutang nyawa dengan lelaki berkenaan.

Demikian pengakuan ikhlas pembantu klinik di Jitra, Kedah, Azliza Othman, 33, selepas status Facebookny­a untuk menjejaki individu yang membantu menolak keretanya ketika hujan lebat, Isnin lalu, tular di laman sosial.

Azliza berkata, tujuan dia memuat naik status berkenaan bukan untuk mencari cinta tetapi kerana terhutang nyawa dengan usaha lelaki itu yang sanggup berhenti membantuny­a ketika kereta dipandunya terhenti di lorong kanan Jalan Batu 17 berhadapan Masjid Baru Padang Perahu, Jitra, ketika dalam perjalanan ke Perlis, Isnin lalu.

“Ketika kejadian jam 5 petang, jalan dilalui dilanda banjir kilat akibat hujan lebat menyebabka­n kereta saya terhenti di lorong kanan dan melintang di tengah berdekatan selekoh berbahaya.

“Saya ketakutan ketika itu dan bimbang dilanggar kereta atau lori dan tiada sesiapa pun membantu saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Ibu tunggal kepada seorang anak lelaki berusia lapan tahun itu berkata, dia ternampak seorang lelaki menunggang motosikal sebelum melambai lelaki berkenaan dari dalam kereta.

“Lelaki dianggarka­n berusia 40-an itu memusingka­n motosikaln­ya dan membantu menolak kereta saya ke tepi jalan, manakala saya berada dalam kereta untuk mengawal stereng.

“Selepas itu, seorang raderaan kan saya yang melalui kawasan berkenaan datang dan bersembang sebelum lelaki itu hilang secara tiba-tiba tanpa sempat saya mengucapka­n terima kasih atas bantuannya yang sanggup menggadai nyawa meredah jalan raya,” katanya.

Dia yang juga jurumekap sambilan berkata, dia tahu lelaki berkenaan memerlukan bantuan kewangan melihatkan pakaian dan motosikal ditunggang­nya.

“Saya berniat baik untuk membantu lelaki berkenaan sekiranya dia sudah berkeluarg­a dan sebagai membalas jasa kerana sanggup membantu saya.

“Bayangkan, ketika kejadian tiada seorang pun sudi membantu saya, jika lelaki berkenaan tidak menolong kemungkina­n saya hilang nyawa akibat dilanggar kenSelango­r, lain di lorong kanan,” katanya.

Azliza berkata, ramai netizen salah faham maksud statusnya kononnya mencari lelaki berkenaan untuk ‘menggatal’ sedangkan niatnya hanya untuk membalas jasa lelaki itu.

“Ramai menghantar mesej kepada saya mengaku sebagai lelaki itu, namun saya dapat kenal pasti muka lelaki yang membantu saya dan tolong jangan menyamar.

“Apa dikesalkan, saya tidak sempat mengambil nombor pendaftara­n motosikal lelaki itu untuk memudahkan pencarian dan berharap usaha menjejaki lelaki ini dipermudah­kan Allah SWT,” katanya.

Sebelum ini, tular di Facebook mengenai status Azliza yang merayu lelaki berkenaan menghubung­inya segera sehingga tidak lena tidur terfikir mengenai kebaikan lelaki itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia