Harian Metro

GELORA CINTA HAMPA

Cemburu wanita diminati rapat dengan lelaki lain selepas sama-sama bekerja di pasar awam apatah lagi menyewa bilik di rumah keluarga wanita itu sejak dua tahun lalu, seorang lelaki warga Indonesia melunaskan dendamnya dengan menikam ‘saingannya’ hingga ma

- Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

Cemburu wanita diminati rapat dengan lelaki lain, seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Herwin, 36, didakwa mencabul anak angkat wanita itu, sehari sebelum menikam ‘saingannya’ Ahmad Rezal Md Tab, 37, di rumah wanita berkenaan di Kampung Batu Hampar di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superinten­dan Raub Selamat berkata, dalam kejadian jam 3.20 pagi semalam, suspek ke rumah wanita itu untuk menyelesai­kan tuduhan dia mencabul kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun itu.

“Suspek dan wanita berusia 34 tahun itu bekerja di Pasar Awam Segamat selain menyewa bilik di rumah keluarga wanita itu di kawasan berhampira­n sejak dua tahun lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini, semalam.

Beliau berkata, pada masa yang sama suspek turut membantu membersihk­an najis kelawar di siling rumah wanita itu sejak beberapa bulan lalu.

“Bagaimanap­un, suspek dikatakan berang apabila mendapat tahu wanita berkenaan mempunyai teman lelaki lain dan didakwa mencabul anak angkat wanita berkenaan di bilik sewanya 5 petang kelmarin,” katanya.

Namun, pelakuanny­a diketahui wanita berkenaan dan menghubung­i suspek untuk menyelesai­kannya ditemani Ahmad Rezal dan pada mulanya berjanji untuk berjumpa di rumah wanita itu pada jam 11.40 malam.

Katanya, mangsa dan wanita itu menunggu tetapi suspek memasuki rumah wanita itu dengan memanjat siling dapur kira-kira jam 2.30 pagi dan berlaku pertengkar­an sebelum lelaki itu menyerang wanita berkenaan.

“Wanita itu digigit, ditumbuk di muka dan rambutnya ditarik. Mangsa cuba membantu teman wanitanya dan ketika itu, suspek mencapai pisau sebelum menikam rusuk kiri dan mengelar lengan kiri mangsa,” katanya.

Raub berkata, pergelutan berlarutan hingga ke bilik tidur utama dan ruang tamu sebelum mangsa dibelasah menggunaka­n kipas dan kerusi plastik di kepala.

“Mangsa yang parah akibat ditikam dan dipukul akhirnya rebah berlumuran darah serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya dihalang wanita itu sebelum mengheretn­ya ke rumah jiran untuk meminta bantuan tetapi panggilann­ya gagal mengejutka­n jiran menyebabka­n suspek melarikan diri.

Katanya, usaha mencari suspek giat dijalankan melalui Op Tutup dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubung­i IPD Segamat di nombor 07-9312222.

“Polis mengumpul 15 barangan berkaitan siasatan kes berkenaan termasuk pisau, kerusi plastik dan kipas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Rezal
ANGGOTA polis mengambil tangga bagi menyiasat laluan masuk suspek.
AHMAD Rezal ANGGOTA polis mengambil tangga bagi menyiasat laluan masuk suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia