Harian Metro

Kantoi 13 tahun elak bayar saman

-

Johor Bahru: Selepas 13 tahun mengelak membayar 78 saman terutama memandu melebihi had kelajuan dan menghalang laluan, akhirnya seorang peniaga sayur berusia 35 tahun dikesan polis dalam Op Bersepadu di Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL), malam semalam.

Lelaki menggunaka­n van dan sering berulang-alik ke Singapura menghantar sayur ditahan selepas keluar dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dari Singapura antara 620 pengguna (EDL) diperiksa dalam Op Bersepadu itu.

Op Bersepadu selama tiga jam bermula 9 malam itu diadakan di laluan keluar CIQ BSI untuk mengesan pesalah lalu lintas dan memberi didikan kepada mereka supaya mematuhi undang-undang negara ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (KJSPT) Johor Superinten­dan Razak Md Said berkata, Op Bersepadu dengan kekuatan 26 pegawai dan anggota KJSPT dengan kerjasama Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Katanya, antara dikesan termasuk peniaga sayur lelaki yang memandu van dan mempunyai 78 saman tertunggak kebanyakan­nya saman menghalang kenderaan dan melebihi had laju sejak 2005.

“Dalam kes itu, kami memperbaha­rui saman lelaki berkenaan dan dia diberikan tempoh tiga bulan untuk datang ke pejabat trafik bagi menyelesai­kannya, selain menetapkan 25 Mac depan untuk kes dibawa ke mahkamah.

“Selain itu, kami mengesan lelaki berusia 38 tahun yang mempunyai 44 saman tertunggak kebanyakan­nya berkaitan langgar lampu isyarat melebihi had laju dan halang lalu lintas.

“Dalam operasi sama, kami memeriksa 600 kenderaan, 620 orang dan mengeluark­an 156 saman membabitka­n 171 kesalahan, manakala JAS mengeluark­an 13 sijil ujian pelepasan bunyi bising dan JPJ mengeluark­an 75 saman,” katanya pada sidang media selepas tamat operasi, semalam.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA trafik memeriksa lesen pemandu ketika Op Bersepadu, semalam.
ANGGOTA trafik memeriksa lesen pemandu ketika Op Bersepadu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia