Harian Metro

Tiga suspek pukul, samun drebar serah diri

-

Subang: Tiga lelaki yang memukul dan menyamun pemandu kenderaan kerana didakwa terbabit dalam kes langgar lari di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), dekat Batu 13 di sini, Ahad lalu ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, ketiga-tiga suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya petang semalam.

“Susulan kejadian berkenaan, pihak kami menerima laporan daripada pemandu kenderaan terbabit memaklumka­n barangan berharga miliknya turut hilang ketika kejadian selain dicederaka­n sekumpulan individu.

“Susulan itu, tiga lelaki berusia 30 hingga 40-an hadir di IPD Subang kira-kira jam 3 petang tadi (semalam) untuk memberi keterangan. Polis menahan mereka untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro Isnin lalu melaporkan dalam kejadian jam 7 malam Ahad lalu, pemandu kenderaan yang melanggar seorang penunggang motosikal cedera di muka dan badan selepas dipukul orang ramai, malah kejadian turut dirakam.

Rakaman video lelaki terbabit dipukul mulai tular di laman sosial sejak kelmarin sebelum polis mengeluark­an kenyataan memburu individu yang memukul pemandu kereta itu.

Difahamkan, barangan milik lelaki itu antaranya telefon pintar, Smart Tag, dompet, dokumen peribadi dan kunci kenderaan serta kunci rumah turut hilang dalam kejadian itu.

Mohamad Azlin berkata, pihaknya kini masih mengesan tiga lagi individu. Orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh tampil menyalurka­nnya kepada pihaknya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 394.

FAKTA Telefon pintar, Smart Tag, dan dompet antara barangan yang hilang

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, Isnin lalu.
LAPORAN Harian Metro, Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia