Harian Metro

Surat terbuka bakal suami

-

Kuala Lumpur: Surat terbuka yang dimuat naik pelakon Fasha Sandha, 34, di laman Instagram (IG) miliknya hari ini menimbulka­n teka-teki apakah ibu tunggal anak dua itu sudah bertemu bakal suaminya.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan menerusi ‘surat terbuka buat bakal suami’ berharap mana-mana lelaki yang sudah atau ingin mengisi ‘borang’ perlu membaca surat terbuka itu terlebih dahulu.

“Surat terbuka ini untuk bakal suami. Walaupun tak tahu siapa orangnya, Allah akan tentukan.

“Kepada yang sudah isi borang dan akan isi borang, boleh baca awal-awal okey,” tulisnya.

Satu daripada ‘surat’ itu menyatakan rasa keterujaan untuk berjumpa dan berharap ia pertemuan yang hebat.

Ada juga isi kandungan surat yang meminta agar lelaki terbabit tidak meninggalk­an dirinya dan anak-anak.

Bagaimanap­un, menerusi status sama Fasha turut meletakkan tanda pagar #janganseri­oussangat #jangansibu­knakkecam #justforfun.

Fasha yang kini berada di Kemboja untuk penggambar­an drama, sebelum ini mengatakan mahu berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi.

Bagaimanap­un Fasha akui belum ada calonnya lagi cuma sekadar perancanga­n.

Kalau sebelum ini Fasha merancang mahu berkahwin pada usia 28 tahun, dia bersyukur Allah permudahka­n jalannya.

“Orang kata, ia tepat pada masa. Insya-Allah kalau ada jodoh, saya pasti berkahwin juga. Jadi doakan saja yang terbaik. Ini semua kerja Allah,” katanya.

Fasha berkahwin dengan Rizal Ashram pada 2012 dan bercerai 2016. Hasil perkahwina­n itu, Fasha melahirkan dua anak, Putri Raysha Jemaima dan Putra Rayfal Ramli.

 ??  ?? FASHA Sandha
FASHA Sandha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia