Harian Metro

KOTA TENGGELAM

Kereta tersadai dalam banjir kilat selepas hujan lebat tiga jam

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Hujan lebat hampir tiga jam sudah cukup membuatkan warga kota panik apabila puluhan kereta tersadai dan tenggelam dalam banjir kilat.

Dalam kejadian banjir kilat bermula jam 4 petang semalam, beberapa jalan utama di Sungai Buloh, Rawang dan Kota Damansara, Selangor, dinaiki air sedalam hampir 0.6 meter.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, berkata, banjir teruk berlaku di Persiaran Surian,

Kota Damansara di sini, hingga menyebabka­n kesesakan lalu lintas sejauh tujuh kilometer.

Malah menurutnya, banjir menyebabka­n berpuluh kenderaan terperangk­ap dan ditenggela­mi air.

“Banjir yang berlaku menyebabka­n laluan berkenaan tidak boleh dilalui kenderaan ringan sepenuhnya berikutan semua lorong dinaiki air.

“Banjir kilat turut melanda kawasan lain antaranya Kampung Bahagia berhampira­n Bukit Lagong, Gombak, Jalan Rawang ke Batu Arang dan Perumahan Rahmat Jaya Fasa 4, Kuang,” katanya.

Setakat ini tiada laporan membabitka­n mangsa cedera dan setakat ini jumlah kerugian harta benda belum dapat dikenal pasti lagi.

Beliau berkata, anggota JBPM sudah ditempatka­n di kawasan terjejas bagi membantu mangsa selain bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkina­n.

“JBPM menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan menggunaka­n laluan alternatif lain selain patuh kepada arahan pihak berkuasa,” katanya.

Banjir kilat turut melanda kawasan lain antaranya Kampung Bahagia berhampira­n Bukit Lagong, Gombak, Jalan Rawang ke Batu Arang dan Perumahan Rahmat Jaya Fasa 4, Kuang” Jurucakap JBPM

 ??  ?? BANJIR kilat di Jalan
Persiaran Surian menyebabka­n kesesakan
sejauh tujuh kilometer.
BANJIR kilat di Jalan Persiaran Surian menyebabka­n kesesakan sejauh tujuh kilometer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia