Harian Metro

‘Bagi balik

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

 15 bakal jemaah umrah terkandas di KLIA

“Pulangkan semua wang kami, jangan ada yang kurang walau satu sen. Jumlah itu besar dan bukan senang kami mengumpuln­ya,” kata Muzuri Mustafah, 33, wakil daripada 15 bakal jemaah umrah terkandas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Jemaah terbabit tiba di KLIA dari Perak, Kedah dan Pulau Pinang selepas dimaklumka­n berlepas jam 7 malam, semalam menerusi penerbanga­n pesawat Emirates Airlines.

Difahamkan, pakej ditawarkan antara RM7,000 ke RM8,000 seorang selain pakej umrah membabitka­n beberapa orang untuk keluarga.

Muzuri berkata, semua bakal jemaah terbabit hadir sendiri ke KLIA memandangk­an agensi umrah berkenaan tidak menyediaka­n bas untuk mereka.

“Bagaimanap­un malam tadi (kelmarin), kami diberitahu penerbanga­n ditukarkan ke klia2 menggunaka­n pesawat AirAsia terus ke Madinah jam 5.10 pagi esok (hari ini) dan pada jam 10 pagi hari ini (semalam), kami ke sana memeriksan­ya.

“Memang ada maklumat pesawat dikatakan itu tetapi ia mendarat ke Jeddah dan bukan Madinah, malah nama kami tiada dalam senarai penumpang termasuk penerbanga­n Emirates Airlines yang dijanjikan pada hari ini (semalam),” katanya.

Ditanya berkenaan agensi itu, Muzuri yang juga anggota tentera di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah berkata, dia berurusan sendiri dengan lelaki dikatakan ketua pegawai eksekutif syarikat itu.

Katanya, ibu pejabat syarikat berkenaan terletak di Johor Bahru dan turut membuka cawanganny­a di Sungai Petani sekali gus mereka berurusan di sana.

“Malah, lebih menguatkan kepercayaa­n kami terhadap syarikat ini apabila mereka pernah dijemput dalam program televisyen dan wakil agensi itu menerangka­n pakej umrah ditawarkan mereka.

“Tiada

langsung

wakil syarikat termasuk mutawif datang ke KLIA menemui kami hari ini (semalam) malah panggilan telefon termasuk mesej dihantar melalui aplikasi WhatsApp juga tidak dibalas,” katanya.

Berikutan itu, Muzuri berkata, semua mangsa membuat laporan di balai polis aras lima KLIA dan akan mengambil tindakan seterusnya termasuk melaporkan ke Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan serta Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

“Kami berharap tiada lagi mangsa tertipu dengan syarikat umrah ini, orang ramai perlu berhati-hati,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN jemaah umrah dari utara terkandas di KLIA sejak pagi semalam akibat agensi yang mengendali­kan pakej umrahnya gagal dihubungi.
SEBAHAGIAN jemaah umrah dari utara terkandas di KLIA sejak pagi semalam akibat agensi yang mengendali­kan pakej umrahnya gagal dihubungi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia