Harian Metro

Mengaku polis miliki gari, pistol tiruan

-

Kuala Kangsar: Seorang lelaki berusia 47 tahun ditahan polis selepas didapati memiliki pistol tiruan dan gari serta mengaku polis Singapura di sebuah kafe di Jalan Bercham, Ipoh, kelmarin.

Suspek ditahan anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan D9 dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dengan bantuan Unit Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) Balai Sungai Senam dan Balai Bercham, jam 7.30 malam.

Difahamkan, suspek yang dipercayai peniaga didapati menyelitka­n pistol tiruan serta gari pada tali pinggang seluar dipakainya dan ketika ditahan berlaku pergelutan antara suspek dengan polis.

Suspek dipercayai turut mengaku sebagai polis di Singapura dan memiliki kad pengenalan Singapura yang digantung pada leher.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, polis menjalanka­n siasatan lanjut terhadap lelaki warga tempatan itu dan berhubung dengan polis Singapura bagi mengetahui status sebenarnya.

Menurutnya, polis merampas pistol tiruan dan gari itu dan menghubung­i polis Singapura untuk mengetahui sama ada benar atau tidak suspek anggota polis di negara itu.

“Jika tidak, siasatan seterusnya akan dijalankan dan suspek akan didakwa kerana memiliki pistol tiruan,” katanya selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Hasnan berkata, pihaknya sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Beliau berkata, 8,500 pegawai dan anggota akan ditugaskan untuk PRU-14.

 ??  ?? HASNAN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pegawai dan anggota di Perhimpuna­n Bulanan Kontinjen Polis Perak Bagi Bulan Januari 2018.
HASNAN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pegawai dan anggota di Perhimpuna­n Bulanan Kontinjen Polis Perak Bagi Bulan Januari 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia