Harian Metro

Tawar produk kemudahan sekeluarga

-

Kuala Lumpur: Bagi memenuhi keperluan kewangan pelanggan, Bank Rakyat meneruskan inisiatif menawarkan kemudahan seisi keluarga menerusi kempen #BankRakyat­Cares yang berlangsun­g pada 18 Disember tahun lalu sehingga 30 April depan.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, bagi melayakkan pelanggan menyertai kempen itu, mereka yang melanggan Kad Kredit-i, Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Mikro-i, Perusahaan Kecil Sederhana (PKS), Ejen Bank atau Koperasi perlu mendaftark­an keluarga mereka yang berumur 18 tahun ke bawah sebagai ahli Kelab NURI.

“Pelanggan juga perlu melanggan satu daripada produk seperti Takaful Amani, Akaun Simpanan-i, Akaun Simpanan-i Tabung Qurban, Akaun Simpanan-i untuk Ibadah Umrah, Akaun Semasa-i Elektronik atau Wasiat.

“Kempen yang berlangsun­g ini menawarkan hadiah keseluruha­n RM1.12 juta untuk pelanggan bertuah,” katanya pada program Amazing Media Bowling 2018, anjuran Bank Rakyat, di sini.

Menurutnya, kempen yang menawarkan pelbagai hadiah menarik itu tampil dengan konsep baru yang mengetenga­hkan konsep ‘Saya dan Keluarga’.

“Matlamat konsep ini untuk memberi kemudahan serta melengkapi kehidupan seisi keluarga yang menawarkan produk gabungan sesuai untuk setiap ahli keluarga tanpa mengira usia.

“Kempen ini juga boleh disertai golongan usahawan dan koperasi menerusi produk gabungan yang ditawarkan untuk kemudahan perniagaan,” katanya.

 ??  ?? NIZAM (tengah) beramah mesra bersama pelajar tahfiz dari Rumah Anak Yatim Al Taqwa pada program Titisan Kasih di Kidzania.
NIZAM (tengah) beramah mesra bersama pelajar tahfiz dari Rumah Anak Yatim Al Taqwa pada program Titisan Kasih di Kidzania.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia