Harian Metro

Rampas lagi wang RM4j

-

 SPRM Sabah turut sita hartanah RM2.7j milik empat suspek

“Rumah ada enam atau tujuh buah yang terbabit dan kami akan teliti sama ada ia hasil rasuah atau salah guna kuasa dengan nilai yang dianggarka­n RM2.7 juta dan ia milik empat suspek iaitu di bawah nama mereka dan ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Taklimat Projek-Projek Khas Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen anjuran Pejabat Kemajuan Negeri Sabah, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Persekutua­n Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani dan Pegawai Kemajuan Negeri Sabah, Datuk Ruji Ubi.

Sazali berkata, selain berkaitan rasuah dan penyalahgu­naan kuasa, pihaknya turut membuka kertas siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram bagi menyiasat wang rasuah yang sudah diubah kepada hartanah dan barangan lain termasuk barang kemas.

Katanya, enam lagi saksi yang terdiri daripada kakitangan syarikat kontraktor dikenal pasti setakat ini dan akan dipanggil memberikan keterangan dalam masa terdekat selain tidak menolak akan ada lagi saksi lain selepas semua dokumen berkaitan diteliti.

“Kami masih meneliti dokumen yang dirampas, ia mungkin mengambil masa kerana ia membabitka­n kes dari 2012 hingga tahun lalu.

“Setakat ini empat sudah ditahan dan kami juga mengenal pasti enam saksi untuk dipanggil iaitu kakitangan kontraktor,” katanya.

Katanya, kebanyakan projek yang disiasat dalam kes itu adalah berkaitan penyelengg­araan landasan dan kereta api termasuk peruntukan kecemasan dengan ada antaranya tidak dilaksanak­an.

Sementara itu, dalam program berasingan, timbalan pengarahny­a, Zulkefle Abdul Hamid mengesahka­n JKNS adalah antara lebih 100 agensi dan jabatan kerajaan di negeri ini yang sudah menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tahun lalu.

 ?? Sazali Salbi ?? Rumah ada enam atau tujuh buah yang terbabit dan kami akan teliti sama ada ia hasil rasuah atau salah guna kuasa dengan nilai yang dianggarka­n RM2.7 juta dan ia milik empat suspek iaitu di bawah nama mereka dan ahli keluarga”
Sazali Salbi Rumah ada enam atau tujuh buah yang terbabit dan kami akan teliti sama ada ia hasil rasuah atau salah guna kuasa dengan nilai yang dianggarka­n RM2.7 juta dan ia milik empat suspek iaitu di bawah nama mereka dan ahli keluarga”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia