Harian Metro

‘Serah kertas siasatan tanah FELDA

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@hmetro.com.my

Polis Diraja Malaysia

(PDRM) sudah melengkapk­an proses dan kertas siasatan terhadap isu tanah FELDA di Jalan Semarak sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata, kertas siasatan itu sepatutnya dihantar minggu lalu, namun ditangguhk­an akibat isu teknikal.

“Kertas siasatan itu sudah disiapkan hari ini (semalam), kita terpaksa tangguhkan untuk menghantar kertas siasatan walaupun saya maklumkan ia akan diserahkan pada minggu lalu.

“Kertas siasatan itu sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutny­a,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ulung Ketua Polis Negara dengan semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah dan pelancaran Buku Panduan Penyiasata­n Jenayah dan Arahan Penyiasata­n Jenayah, semalam.

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas RM4 juta lagi wang tunai berhubung siasatan kes rasuah dan penyalahgu­naan kuasa membabitka­n Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS).

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Salbi berkata, pihaknya turut menyita beberapa hartanah bernilai RM2.7 juta termasuk rumah di Johor, Kuala Lumpur dan di negeri ini disyaki milik empat suspek yang ditahan reman, kelmarin.

“Semalam (kelmarin) kami membuka peti simpanan di beberapa bank dan kami menyita RM4 juta wang tunai dalam akaun. “Kami juga menyekat

rumah dan hartanah di Johor, Kuala Lumpur dan Sabah supaya tidak boleh dijual atau ditukar tangan sepanjang tempoh siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia