Harian Metro

Wanita Vietnam tawar servis urut, seks semurah RM150

-

Petaling Jaya: Tawar promosi luar biasa dengan potongan harga hampir 50 peratus. Itu antara tarikan istimewa diberikan sebuah pusat urutan yang menawarkan khidmat seks wanita Vietnam.

Premis urutan refleksolo­gi yang terletak di PJS 8 di sini, dikesan menawarkan harga pakej semurah RM150 bagi khidmat urutan dan seks berbanding hampir RM300 di premis lain.

Aktiviti maksiat itu bagaimanap­un dibongkar anggota Bahagian Antimaksia­t, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hasil serbuan jam 10.45 malam tadi.

Pegawai Turus D7 IPK Selangor Deputi Superinten­dan Norhizam Bahaman berkata, semua wanita berusia lingkungan 25 hingga 39 tahun ditahan ketika menunggu pelanggan di ruang tamu premis.

“Pemeriksaa­n mendapati ada antara wanita Vietnam terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

“Sebahagian mereka didapati melanggar syarat permit yang ditetapkan Jabatan Imigresen iaitu kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,”katanya.

Norhizam berkata, sindiket pelacuran terbabit mengenakan bayaran kira-kira RM150 untuk pakej urutan serta hubungan seks kepada pelanggann­ya.

“Polis merampas kondom serta wang tunai RM132.

“Semua wanita serta penjaga terbabit ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan iaitu terbabit kegiatan pelacuran,” katanya.

 ??  ?? ANTARA wanita warga Vietnam yang ditahan ketika menunggu pelanggan.
ANTARA wanita warga Vietnam yang ditahan ketika menunggu pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia