Harian Metro

Bakar 4 kereta dendam ahli sindiket lari cukai

-

Putrajaya: Dendam ahli sindiket lari cukai dipercayai menjadi punca perbuatan khianat yang menyebabka­n empat kereta milik Penolong Kanan Pengarah Kastam (Bahagian GST) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan ahli keluargany­a dibakar, awal pagi kelmarin.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sebelum ini pegawai berkenaan bertugas di bahagian penguatkua­saan Unit Siasatan Frod (Penipuan) Perdaganga­n JKDM dan baru beberapa bulan berpindah ke Bahagian GST.

“Jadi (perbuatan khianat) tiada kaitan dengan GST. Ia ada kaitan dengan bahagian penguatkua­saan kerana pegawai ini biasa menangkap banyak kes yang membabitka­n barangan bercukai tinggi seperti rokok dan arak.

“(Malah) baru-baru ini sebelum berpindah (bahagian) pegawai ini berjaya menumpaska­n beberapa sindiket yang membawa masuk barangan bernilai jutaan ringgit dan tak bayar duti import,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-36 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Majlis sambutan disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, sebuah kereta milik Nor Azman Mat Jini, 59, dan tiga milik ahli keluarga yang diletakkan di depan rumah teres dua tingkat yang juga kuarters kerajaan di Presint 11 di sini, dibakar.

Kejadian itu mengakibat­kan dua kenderaan iaitu Perodua MyVi dan Mercedes Benz milik anak perempuan dan isteri mangsa musnah sepenuhnya, manakala dua lagi iaitu Honda CRV milik mangsa dan Proton Saga milik menantu mangsa terbakar di bahagian depan.

Johari berkata, pihaknya menyerahka­n kepada polis untuk membuat siasatan lanjut mengenai kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya akan melihat semua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kebakaran bagi mendapatka­n gambaran jelas mengenai insiden berkenaan.

Menurutnya, berdasarka­n kenyataan saksi kejadian, mereka memaklumka­n melihat lebih tiga suspek mencurigak­an sebelum insiden kebakaran itu.

“Kami akan lihat semua sudut CCTV yang ada di kawasan perumahan itu bagi mendapatka­n maklumat lanjut termasuk jenis kenderaan dinaiki suspek,” katanya selepas melawat lokasi kebakaran berkenaan, petang semalam.

Mazlan sempat meluangkan masa kira-kira 10 minit di lokasi kejadian bagi mendapatka­n gambaran jelas mengenai kejadian itu.

Beliau turut ditemani Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hasan dan mangsa kejadian yang juga Penolong Pengarah Kanan Kastam (Bahagian GST) Jabatan Kastam Diraja Malaysia Nor Azman Mat Jini, 59.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia