Harian Metro

Dapat balik RM25,000

 Polis tahan dua bekas staf jutawan kosmetik curi barang kemas

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Mana mahu menyorok? Itu yang berlaku apabila dua bekas kakitangan jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri yang mencuri wang tunai dan barang kemas bernilai RM100,000 pada 18 Jun tahun lalu akhirnya ditahan polis di Pandamaran Klang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superinten­dan S Somu berkata, suspek yang juga pasangan suami isteri berusia 20 dan 40 tahun itu ditahan di rumah didiami.

Menurutnya, suspek dipercayai turut mempunyai hubungan dengan dua bekas pembantu rumah Pengarah Urusan D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd terbabit yang sudah didakwa tahun lalu.

“Susulan tangkapan itu, polis menemui semula barang kemas yang dilaporkan hilang bernilai RM25,000.

“Polis juga merampas satu beg berjenama dan wang tunai RM2,000 daripada suspek,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di sini, semalam.

Somu berkata, kes berkenaan dianggap selesai kerana semua suspek sudah ditahan.

“Dua suspek itu akan direman sehingga 4 Februari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan,” katanya sambil menunjukka­n cincin dan gelang milik Aliff yang dicuri.

Pada 5 Julai tahun lalu, dua bekas pembantu rumah jutawan produk kecantikan itu didakwa atas tuduhan mencuri barangan kemas milik isterinya.

Polis juga merampas satu beg berjenama dan wang tunai RM2,000 daripada suspek”

S Somu

 ??  ?? SOMU menunjukka­n barang rampasan di rumah Aliff Syukri.
SOMU menunjukka­n barang rampasan di rumah Aliff Syukri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia