Harian Metro

Elok henti

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

 JHEAT boleh nasihat penganjur aktiviti hiburan berunsur fitnah

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) boleh menasihatk­an penganjur aktiviti hiburan jika ia boleh menimbulka­n fitnah dan mempunyai unsur bertentang­an dengan ajaran Islam.

Pesuruhjay­a JHEAT Wan Ismail Sahaimi Wan Omar berkata, pihaknya berpandang­an mana-mana pihak yang mahu mengadakan sebarang aktiviti hiburan perlu mendapatka­n lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang perlu mematuhi beberapa syarat.

Menurutnya, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas jika aktiviti yang dilakukan itu dikesan mempunyai unsur maksiat.

“Jika aktiviti hiburan itu boleh menimbulka­n banyak fitnah dan mempunyai unsur-unsur yang haram adalah lebih baik ia dihentikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kewujudan ‘Dangdut Terlara’ yang dianjurkan di Kampung Telari, Manir di sini.

Wan Ismail Sahaimi, pihaknya juga sudah mengenal pasti lokasi aktiviti hiburan berkenaan seperti yang dilaporkan Harian Metro semalam.

Menurutnya, hasil pemantauan Bahagian Penguatkua­saan Syariah JHEAT sebelum ini mendapati ia membabitka­n aktiviti hiburan dengan nyanyian lagu dangdut di lokasi berkenaan.

“Ia dianjurkan individu yang tinggal di kawasan itu dan siasatan mendapati ia tanah milik persendiri­an.

“Kami akan mengadakan kerjasama dengan PBT dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pemantauan bagi mengenal pasti tindakan yang boleh diambil,” katanya.

Semalam dilaporkan, aktiviti hiburan yang diadakan di lokasi 200 meter dari masjid itu turut menampilka­n tarian mengghaira­hkan oleh penghibur wanita yang berpakaian sendat dan seksi.

Penghibur berkenaan dikatakan dibawa khas dari Kelantan ke lokasi berkenaan yang sebelum ini menjadi pentas untuk persembaha­n dikir barat.

Persembaha­n dangdut berkenaan yang didakwa sudah diadakan sejak lima tahun lalu dan diadakan antara tiga hingga empat hari seminggu itu menyebabka­nnya dikunjungi ramai hingga digelar kawasan itu ‘Kampung Terlara’.

Ramai pelanggann­ya termasuk warga emas berusia antara 60 dan 70 tahun didakwa turut menari bersama penghibur terbabit serta memberikan tip kerana sudi melayan mereka.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia