Harian Metro

Kurung gadis pemuas nafsu adik

-

Jaya: Pasangan suami isteri ‘durjana’ apabila sanggup mengurung seorang gadis di sebuah rumah di sini, untuk dijadikan hamba seks kepada adik lelaki pasangan terbabit.

Difahamkan gadis terbabit berusia 22 tahun dikurung di kediaman terletak di Damansara Damai sejak seminggu lalu.

Menurut sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila pasangan berusia 40-an itu yang juga saudara mangsa membawa gadis terbabit ke rumah mereka dari kampung pada 14 Januari lalu.

“Gadis terbabit berasal dari Jawa, Indonesia, bagaimanap­un ditinggalk­an bersendiri­an ketika pasangan itu keluar bekerja.

“Namun ketika sedang tidur, mangsa tiba-tiba diserang adik lelaki kepada isteri pasangan terbabit. Mangsa diugut akan dipukul dengan teruk jika melawan sebelum diperkosa,” katanya.

Menurutnya, mangsa dilayan umpama hamba seks apabila dirogol dan dikurung di dalam rumah berkenaan.

“Hampir setiap hari suspek mengulangi perbuatan sama. Malah tindakan mangsa mengadu hal dialami kepada pasangan itu tidak dilayan.

“Namun tindakan suspek membelikan kad prabayar telefon pintar kepada mangsa diambil peluang gadis terbabit menghubung­i rakan bagi mendapatka­n bantuan,” katanya.

Susulan itu, rakan mangsa datang ke rumah itu bersama beberapa individu lain sebelum memecah pintu kediaman itu dan menyelamat­kan mangsa.

“Mangsa kemudian dibawa ke balai polis berhampira­n untuk membuat laporan polis.

“Berikutan laporan diterima itu, polis sudah menjalanka­n siasatan lanjut dengan menahan semua suspek terbabit tindakan susulan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia