Harian Metro

Dadah dalam plastik gula-gula

-

Jaya: Pelbagai helah digunakan bagi menyorok dadah termasuk menyimpan dalam plastik gula-gula, botol air dan di dalam peti besi.

Itu taktik seorang lelaki berusia 50-an yang dikesan aktif melakukan pengedaran pelbagai dadah termasuk syabu, erimin 5, ketamin dan ekstasi di sekitar daerah ini.

Suspek bagaimanap­un ditumpaska­n susulan polis merampas pelbagai dadah dianggarka­n bernilai lebih RM10,000 di kediaman suspek kelmarin.

Sumber polis berkata, suspek ditahan hasil risikan dan maklumat dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berhubung kegiatan pengedaran dadah di daerah ini.

“Bertindak atas maklumat, polis melakukan serbuan di kediaman suspek dan menahan lelaki itu.

“Hasil pemeriksaa­n, polis merampas empat peket syabu seberat 80.1 gram, dua peket ketamin

(1.15 gram), empat biji erimin 5 (1.14 gram), enam biji pil ekstasi (2.55 gram) bersama sejumlah wang tunai.

>>BiKUM peruntuk RM1.2j bantuan menerusi siri jelajah UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Sabah bermula semalam

“Suspek menggunaka­n pelbagai helah bagi menyorokka­n dadah terbabit di mana pil erimin 5 ditemui di dalam plastik gula-gula bertulis ‘Mentos’, manakala pil ekstasi ditemui di dalam botol air minuman dan syabu pula disorokkan di dalam satu sampul surat yang diletakkan di dalam peti besi kediaman berkenaan,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahka­n penahanan lelaki berkenaan dan suspek kini direman bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki terbabit dengan pengedaran dadah,” katanya.

 ??  ?? SHAMSUL dan Nasir menyerahka­n sumbangan kepada Mariani pada kunjungan sempena program UMNO Bantu Rakyat 2.0, semalam.
SHAMSUL dan Nasir menyerahka­n sumbangan kepada Mariani pada kunjungan sempena program UMNO Bantu Rakyat 2.0, semalam.
 ??  ?? MOHD Zani
MOHD Zani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia