Harian Metro

Anak bising bumbung bocor

-

“Rumah peninggala­n keluarga ini berusia lebih 30 tahun dan bumbung juga mengalami kebocoran di sana sini.

“Anak merungut tidak selesa, tetapi apakan daya, kami tidak mampu membaikiny­a kerana pendapatan suami sebagai nelayan sekadar cukup untuk makan saja,” kata Mariani Asfarin, 35.

Ibu kepada lima anak dari Kampung Kabogan, Semporna, Sabah itu berkata, rumah usang yang mempunyai tiga bilik berkenaan menjadi tempat berteduh mereka sekeluarga termasuk seorang adiknya.

Katanya, meskipun rumah itu tidak sempurna seperti rumah keluarga lain, tetapi itu syurga untuk keluargany­a.

“Kami hanya mempunyai rumah ini untuk berteduh dan berharap ia dapat dibaik pulih segera,” katanya.

Kesusahan keluarga Mariani itu mendapat perhatian Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) yang mengunjung­i rumahnya, semalam.

 Penderitaa­n ibu lima anak berakhir

Kunjungan Pengerusi BiKUM Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah sempena program UMNO Bantu Rakyat 2.0 itu turut disertai Pemangku Ketua UMNO Semporna Datuk Nasir Sakaran.

Dalam kunjungan berkenaan, keluarga Mariani menerima bantuan dekorasi dan membaiki bumbung rumah.

Terdahulu, di Dewan Masyarakat Semporna, Shamsul dan Nasir turut menyerahka­n bantuan kepada 1,000 pelajar dan lebih 1,000 keluarga kurang bernasib baik di sekitar Semporna. Shamsul berkata, BiKUMmempe­runtukkan RM1.2 juta bantuan menerusi siri jelajah UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Sabah yang bermula semalam. Katanya, bantuan itu diberikan kepada penduduk yang memerlukan di enam bahagian termasuk Libaran, Batu Sapi, Semporna, Tenom, Kota Belud dan Beaufort.

 ??  ?? PELAJAR dari Semporna menerima bantuan pembukaan akaun SSPNi daripada BiKUM.
PELAJAR dari Semporna menerima bantuan pembukaan akaun SSPNi daripada BiKUM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia