Harian Metro

Berumah di NICU

- Asmah Rusman asmah_rusman@hmetro.com.my

 Bayi dua bulan perlu RM50,000 tampung kos bedah jantung berlubang

Usianya baru dua bulan, namun Maryam Insyirah Muhammad Muizzudin terpaksa tinggal di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) selepas dikesan mempunyai masalah jantung berlubang.

Anak sulung kepada pasangan Muhammad Muizzudin Zaini, 26, dan Siti Hajar Mazait, 25, itu disahkan mengalami masalah berkenaan pada hari kelima selepas dilahirkan dan memerlukan RM50,000 untuk pembedahan.

Menurut Siti Hajar, dia dan suami terkejut dengan perkhabara­n itu serta tidak menyangka bayi sekecil Maryam berdepan dengan masalah berkenaan.

“Selepas lima hari dilahirkan, baru doktor mengenal pasti masalah berkenaan sebelum mengesahka­n Maryam menghidap jantung berlubang.

“Sebelum itu Maryam sering kelihatan letih dan kerap bernafas dengan laju malah nafasnya juga berbunyi kuat,” katanya yang ditemui di Hospital Gleneagle Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, mereka kemudian membawa Maryam ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk pemeriksaa­n.

“Selepas diperiksa dan menjalani ujian imbasan X, doktor mengesan jantungnya bengkak dan ada lubang kecil yang memerlukan dia menjalani katanya.

Katanya, dia dan suaminya buntu memikirkan keadaan anaknya apatah lagi suaminya belum mempunyai pekerjaan tetap serta sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat swasta dengan pendapatan RM2,197 sebulan.

Siti Hajar dan suaminya berharap bayi mereka dapat menjalani pembedahan segera dan menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

Orang ramai yang ingin membantu Maryam Insyirah boleh menghulurk­an sumbangan ke MEDIA PRIMA-NSTP HUMANITARI­AN FUND di akaun Maybank, 5141053231­70.

Cek juga boleh dihantar ke Bahagian Kumpulan Komunikasi Korporat, Media Prima Berhad, Tingkat 1, Anjung Riong, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur atas nama pesakit.

pembedahan,”

 ?? FOTO: HALIM SALLEH ?? SITI Hajar menjenguk Maryam Insyirah di NICU.
FOTO: HALIM SALLEH SITI Hajar menjenguk Maryam Insyirah di NICU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia