Harian Metro

17 tahun terlepas

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

 Lelaki warga emas dituduh merangsang anak tiri pada 2001 akhirnya didakwa

Seorang lelaki warga emas yang gagal dikesan hampir 17 tahun akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh di sini, semalam atas tuduhan merangsang seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun pada 2001.

Tertuduh yang berusia 66 tahun bagaimanap­un mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merangsang kanak-kanak perempuan yang juga anak tirinya jam 8.30 malam di sebuah rumah di Pangsapuri Tangga Batu di sini, pada 19 Ogos 2001.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan maksimum 15 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi mencadangk­an kepada mahkamah untuk tidak menawarkan jaminan atas alasan boleh mengganggu mangsa dan saksi lain.

“Waran tangkap pernah dikeluarka­n ke atas tertuduh pada 7 Mac 2002 dan dia hanya ditangkap pada 22 Januari 2018. Ini menunjukka­n kalau dibenar jamin, tertuduh sekali lagi akan melarikan diri.

“Pohon tarikh untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen,” katanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dibenarkan diikat jamin dengan alasan tidak lagi bekerja dan sudah berusia selain berjanji tidak akan lari dan sedia mematuhi arahan mahkamah.

“Selama ini saya tidak pernah dihubungi mahkamah berkaitan waran tangkap sehinggala­h apabila saya ditangkap.

“Saya tidak ada kerja tetap dan tidak akan lari. Mohon dibenarkan jamin,” katanya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Norma menetapkan 21 Februari ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen selain memerintah­kan tertuduh dikenakan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan dikenakan syarat tidak mengganggu mangsa serta saksi lain.

“Jika didapati anda mengganggu saksi dan mangsa, jaminan ditarik balik,” katanya. Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam menolak permohonan Menteri Besar Selangor

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan seorang individu lain bagi mendapatka­n dokumen 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang diklasifik­asikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk didedahkan kepada umum.

Hakim Datuk Kamaludin Md Said membuat keputusan selepas mendapati Mohamed Azmin dan bekas Mursyidul Am badan bukan kerajaan (NGO) Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Muhammad Zahid Md Arip gagal membuktika­n mereka mempunyai hak di sisi undang-undang (locus standi).

 ??  ?? TERTUDUH diiringi polis di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, semalam.
TERTUDUH diiringi polis di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia