Harian Metro

Halangan minda jumud

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

 Melayu hadapi krisis mentaliti kritikal halang usaha kuasai ekonomi

Kekurangan inisiatif untuk berubah dan kejumudan pemikiran antara faktor terbesar yang menghalang kemajuan orang Melayu terutama dalam aspek penguasaan ekonomi negara.

Selain itu, masyarakat Melayu mengalami krisis mentaliti yang ‘kritikal’ apabila tidak mempunyai visi untuk masa depan dan lebih gemar menjalani kehidupan biasa.

Itu antara dapatan pensyarah Universiti Malaysia (UM) Dr Wan Fairuz Wan Chik berhubung kedudukan ekonomi masyarakat Melayu kini.

“Masyarakat Melayu ini sebenarnya tidak selemah yang disangkaka­n kerana penemuan bukti sejarah oleh pengkaji Universiti Sains Malaysia (USM) menemui kilang besi sudah wujud di nusantara sejak 500 tahun sebelum Masihi lagi.

“Ini dikuatkan lagi dengan kedudukan pegangan ekonomi masyarakat Melayu ketika zaman kegemilang­an Melaka apabila pelabuhan di Melaka mencatatka­n perkembang­an yang begitu pesat,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika Siri Wacana Cendekiawa­n Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertajuk ‘Dari Dasar Bumiputera Ke Transforma­si 50: Apa Sudah Jadi dan Apa

Akan Jadi Dengan

Ekonomi Orang Melayu-Bumiputera’.

Siri wacana itu turut menampilka­n dua lagi panel lain iaitu Pakar Penganalis­is Ekonomi Prof Adjung Tan Sri Dr Kamal Salih, pensyarah UKM Prof Madya Dr Jalaluddin Abdul Malek dan moderator program bicara itu adalah Pengarah ATMA Prof Dr Supyan Hussin.

Wan Fairuz berkata, dalam mendukung inspirasi kerajaan Transforma­si Nasional 2050 (TN50), permasalah­an itu perlu diselesaik­an dan orang Melayu perlu bersedia dan menjadi lebih terbuka dalam aspek mentaliti.

“Ini bukan lagi soal yang remeh, orang Melayu perlu bersedia dengan lonjakan revolusi perindustr­ian dan melihat visi yang lebih jelas.

“Sejarah membuktika­n bahawa masyarakat ini pernah berada di puncak ekonomi dengan pelbagai kejayaan, namun selepas kejatuhan Melaka, situasinya amat berbeza,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia