Harian Metro

KTMB sedia tren tanpa henti sempena Thaipusam

-

Kuala Lumpur: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediaka­n perkhidmat­an tren KTM Komuter tanpa henti selama tiga hari dua malam bermula 30 Januari hingga 1 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam.

Pengurus Besar Perkhidmat­an KTMB, Khair Johari Ishak berkata, perkhidmat­an ini disediakan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai khususnya penganut Hindu dan pelancong yang merancang perjalanan ke Batu Caves.

“Waktu operasi tren akan dilanjutka­n selepas waktu perkhidmat­an sedia ada yang terakhir dengan penyediaan tren tambahan antara jam 10.50 malam hingga jam 5.30 pagi. Jadual waktu perkhidmat­an KTM Komuter pada 31 Januari (Rabu) dan 1 Februari (Khamis) adalah mengikut jadual waktu hari bekerja sedia ada.

“Jumlah keseluruha­n perkhidmat­an tren yang disediakan untuk tempoh tiga hari dua malam itu adalah sebanyak 783 perkhidmat­an,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KTMB, semalam.

Taklimat ringkas disampaika­n S Mahendran, yang turut mengingatk­an pengguna beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk memastikan kelancaran perjalanan.

“Pengguna perlu menggunaka­n Kad Komuter Link atau Touch n’ Go untuk perjalanan sehala atau pergi balik dari Stesen Batu Caves sepanjang tempoh perkhidmat­an tiga hari dua malam itu.

“Pihak kami juga akan memberikan Kad Komuter Link dewasa dan konsesi secara percuma dan kad ini perlu ditambah nilai bermula dari RM3,” katanya.

 ??  ?? MURASE
MURASE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia