Harian Metro

Penganggur dituduh rompak 141 kotak rokok

-

Kuala Lumpur: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tiga pertuduhan merompak 141 kotak rokok di dua cawangan kedai serbaneka 24 jam, tahun lalu.

Tertuduh Syed Muhammad Nabil Syed Noh, 22, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Gan Chee Keong.

Lelaki itu didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan rompak berkumpula­n ke atas Muhammad Nurariskim­i Hazalisham, 18, dengan mengambil 48 kotak rokok berjumlah RM792 di sebuah kedai serbaneka di Taman Danau Kota, Setapak, di sini, pada jam 5.30 petang, 7 Disember lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Muhammad Nabil dengan seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompak berkumpula­n ke atas Mahfuzah Manan, 34, dengan mengambil 32 kotak rokok dan wang tunai berjumlah RM674 di tempat sama jam 7.30 malam, 16 Oktober tahun lalu.

Pertuduhan ketiga pula, tertuduh bersama-sama tiga individu lain yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpula­n ke atas Hazlina Madinel, 19, dengan mengambil 61 kotak rokok berjumlah RM1,014.50 di kedai serbaneka 24 jam di Jalan Genting Klang, Setapak di sini, jam 2.27 pagi, 11 Januari

>>Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan

lalu.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Amirul Asyraf Abdul Rasid, manakala tertuduh diwakili peguam Azi Azlin Zulkifli.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM33,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan dua minggu sekali setiap bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 9 dan 28 Februari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia