Harian Metro

Biru dalam pesawat

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

 Pekerja AirAsia meninggal dalam penerbanga­n ke Bandung

Pesawat AK416 syarikat penerbanga­n tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) dari Kuala Lumpur ke Bandung, Indonesia, terpaksa membuat lencongan dan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai (LTAS) di sini, selepas salah seorang kakitangan­nya berdepan masalah kesihatan sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatka­n rawatan, semalam.

Seorang penumpang yang enggan dikenali berkata, penerbanga­n dinaikinya itu baru saja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada 6.45 pagi sebelum ada pihak memaklumka­n terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri.

“Ada lelaki berusia 50-an memaklumka­n kepada saya seorang tidak sedarkan diri dan kakinya kebiru-biruan.

“Tidak lama kemudian, kira-kira 7 pagi, pengumuman dibuat mengatakan pendaratan perlu dibuat di LTAS bagi memberikan rawatan perubatan kepada lelaki berkenaan.

“Saya kemudian mendapat tahu, lelaki itu adalah kakitangan AirAsia berusia 46 tahun dan ketika kejadian dia terduduk lalu tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaa­n pasukan perubatan mendapati lelaki itu meninggal dunia dan dibawa turun dari pesawat, sebelum penerbanga­n diteruskan. Sementara itu, AirAsia dalam satu kenyataan media mengesahka­n penerbanga­n AK416 dari Kuala Lumpur ke Bandung, Indonesia dialihkan ke LTAS kerana kecemasan perubatan.

Menurutnya, kakitangan AirAsia sebagai penumpang pesawat itu dalam perjalanan ke Bandung, Indonesia atas urusan kerja mendapat rawatan perubatan sebaik pesawat mendarat tetapi disahkan meninggal dunia oleh doktor di lapangan.

“Keluarga AirAsia sedih dengan kehilangan kakitangan kami dan mengucapka­n takziah buat keluargany­a.

“Kami akan memberikan sokongan diperlukan kepada keluarga mangsa,” katanya.

AirAsia berkata, pesawat itu berlepas dari LTAS pada 9 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Husein Sastranega­ra, Indonesia, pada 10.11 pagi.

Katanya, keselamata­n penumpang keutamaan mereka dan berusaha memberikan bantuan terbaik apabila berdepan keadaan seumpama itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superinten­dan Dzulkhairi Mukhtar mengesahka­n menerima laporan dibuat kakitangan syarikat penerbanga­n itu berhubung kematian mangsa.

Menurutnya, lelaki warga Indonesia berusia 46 tahun itu terus dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulai menggunaka­n ambulans sebaik mendarat.

Katanya, kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia