Harian Metro

LANGKAH TEPAT

 Maybank mula rundingan buka cawangan sendiri di India

- M Thillinada­n thilly@bh.com.my

Kumpulan perbankan terbesar Malaysia, Maybank sudah memulakan rundingan dengan pihak berkuasa India untuk membuka cawanganny­a sendiri di negara berkenaaan.

Ketika ini, Maybank membuka cawanganny­a di India menerusi anak syarikatny­a, Bank Internasio­nal Indonesia (BII) di Mumbai pada 2013. BII membuka cawangan pertama di India pada 1995, tetapi memberhent­ikan operasinya pada 2008 sebelum kembali pada 2013.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Maybank bercadang masuk terus ke India tanpa melalui BII.

Selain Indonesia, Maybank juga mempunyai cawangan luar negara di Singapura, Filipina, Thailand, China, Kemboja, Laos, Myanmar, Hong Kong dan Brunei.

Mustapa berkata, syarikat Malaysia sudah mencapai pelbagai kejayaan di India, termasuk yang pertama membina lebuh raya di India mulai 1996, projek monorel pertama di Mumbai oleh Scomi dan projek perumahan bersepadu pertama di India.

Beliau berkata, India seperti juga China menawarkan potensi besar untuk pelaburan dan perdaganga­n dua hala.

Katanya, Tabung Mata Wang Antarabang­sa (IMF) meramalkan ekonomi India akan berkembang purata 7.5 peratus setiap tahun sehingga 2022.

“Ini menjadikan potensi untuk India menjadi ekonomi besar adalah tinggi sama seperti apa yang dilakukan China beberapa tahun lalu sehingga menjadi ekonomi kedua terbesar dunia. Kita perlu menggunaka­n potensi ini untuk kesejahter­aan bersama.

“Ekonomi terbuka diperkenal­kan Perdana Menteri Narendra Modi dan pelbagai reformasi mesra pelaburan, termasuk rejim baru cukai GST selain pelbagai dasar pelaburan yang lebih mesra, menjadikan­nya sesuai untuk melabur di negara berkenaan.

“Hubungan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri Modi juga membuka laluan dan melonjakka­n hubungan dua hala untuk kepentinga­n bersama,” katanya pada sidang media dihadiri wartawan Malaysia di sini, semalam.

Mustapa berada di sini menyertai rombongan Najib untuk hadir Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India di sini, esok.

Pada 2017, India adalah rakan perdaganga­n kesembilan terbesar Malaysia, dengan nilai dagangan di antara Januari dan November tahun lalu melepasi AS$13 bilion, dan dijangka mencapai sasaran AS$15 bilion menjelang 2020.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia